Azizan Osman tetap Pakar Motivasi Usahawan no. 1 Di Malaysia.
Bismillah & Assalamualaikum! Mungkin ada ramai orang bercakap tentang Dr Azizan Osman seorang penipu. sekarang memang tengah viral satu Malaysia tentang kesahihan sijil kedoktoran yang dimilikinya. Dan telah banyak kenyataan rasmi daripada pihak Universiti telah keluar mengatakan tiada sijil atau apa-apa anugerah telah dikeluarkan kepada orang bernama Azizan Osman. Artikal ini bukan untuk mengutuk beliau atau apa, tetapi Numi sendiri sebagai orang biasa yang kagum dengan penulisan, penyampain seminar dan menjadikan beliau sebagai satu idola memang rasa kecewa. Kecewa dengan kepalsuan yang ditabur oleh beliau. Ya! Numi memang sangat meminati beliau daripada jauh. Buku, CD, Video Youtube, semuanya Numi baca dan lihat. Bahkan, selepas kes ini, Numi masih lagi baca dan ikuti video motivasi beliau. Nak tahu tak kenapa? Walaupun hati Numi kecewa, tetapi apa yang disampaikan oleh beliau kepada pengusaha adalah suntikan semangat untuk terus berjaya. Walaupun sekaran...