Back To Nature: Program bina Jati Diri Para Pelajar
3:29 PTG
Bismillah
Assalamua’alaikum
Tahun 2016 kami di sambut biasa je tahun ini, or mungkin aku
boleh cakap tak de ape pun yang kami sambut. Huahah, kebiasaan setiap tahun
baru aku dan benn akan keluar ke HIGHWAY untuk menunggu detik 12 tgh malam.
Di Bandar raya KL akan penuh dengan warna warni bunga api.
Itu yang syoknya! Tapi tahun ini, I dengan Ben baru balik dari Terengganu,
selepas deliver barang ke Paka(new business, ini I akan cerita lagi nanti)
Then, we olls terus shot balik KL. Takde rehat lansung lah!
Jadi sudahnya we alls just ada Dinner Date di Manhattan Fish Market, di IPC,
Damansara then, terus balik.
Pada mulanya memang ada hati nak celebrate new year, tapi
memikirkan anak-anak I di rumah jadi tak sampai hati pulak nak balik lambat.
Lepas dinner, I terus ajak Benn balik.
Oh, itu masa malam new year. Di Ikea atau Ecruve memang
penuh dengan banjiran manusia. Benn dah cakap yang malam ni memang ada
sambutan tahun baru dan di meriahkan dengan bunga api. Wah! Memang grand yer,
sambutan tahun baru di Ecurve. Ramai je budak2 sekolah aku tengok yang meraikan
sambutan tahun baru tu, dan tak kurang juga golongan dewasa. I dan Benn di kira
golongan dewasa lah kan, tapi, itu lah. Tanggungjawab sebagai seorang Mama
kepada 18 ekor kucing ini buat aku rasa “better lah aku balik daripada aku
sambut new year ni”
Ok, berbalik kepada cerita sebenar aku tadi, tahun lepas Kak
Ellie Toh ada ajak aku untuk join Event ke Genting. Pada mulanya aku memang
teragak nak ikut, sebab kalau ikt cerita kak Ellie, program yang dianjurkan ini
adalah program budak-budak sekolah. Jadi orang Dewasa macam Benn ini kurang
berminat nak join. Rasanya ramai je orang dewasa sekarang dah kurang minat
untuk Jungle Tracking and Hiking bagai ni. Jadi untuk menggantikan tempat nya
aku pun ajak Ayue. Nasiblah minah tu nak join aku ikut serta program tu. Sebab
tu lah aku sayang minah bernama Ayue Idris ni! Muah!
Jadi kisahnya bermula begini, nama program ini adalah Back
To Nature Retreat At Awana Genting. Program ini khas untuk para peajar yang terpilih
dalam kalangan anak kepada Ibu tunggal dan Yatim. Bagi yang sedia maklum,
Genting Highland merupakan salah satu destinasi perlancongan yang terulung di
Malaysia. Dengan suasana yang sejuk dan nyaman, memang sesuai untuk aktiviti
luar.
Ramai dalam kalangan kita tidak tahu akan kewujudan Long
House di Awana Resort and Spa ini, bahkan ini kali pertama Numi menjejakan kaki
ke Long House ala-ala di Long House di Sarawak tu.
Jadi, lokasi penginapan bagi peserta dan juga rakan-rakan
media adalah di Long House Awana. Bagi pelajar semua, mereka menginap di Long
House, dan rakan media pula di Khemah. Memang syok tidur di khemah rupanya,
angin dan embun di pinggir Genting Highland tu memang buat kita lebih
mengantuk.
Tujuan utama Back To Nature Retreat ini ialah untuk membina
jati diri pelajar, menanam sifat kerjasama, saling membantu sesama mereka dan
disiplin. Selain itu, mereka juga di ajar untuk menghargai alam sekitar dan mempelajari cara untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.
Aktiviti pertama bagi Back To Nature ini ialah Jungle
Tracking di Eco Nature Trail sepanjang
1.8 kilometer. Untuk pengetahuan semua, hutan di sekita Genting Highland
ini telah pun mencecah usia 130 jula tahun hutan hujan tropika.
Acara diteruskan dengan pelancaran event-Plant a Tree
daripada YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun,
bersama Puan Katherine Chew, Vise President World Genting Resort.
Seusai pelancaran majlis tersebut, para pelajar didedahkan
dengan Eco Talk daripada En. Fadly Bakhtiar, Ketua Program ini tentang
cara-cara mengurangkan pembaziran,
cara bagaimana sampah boleh ditukarkan menjadi sesuatu yang bernilai
dalam kehidupan, cara untuk survive di dalam hutan dan banyak lagi! Pelajar
memang banyak didedahkan tentang 3 R (Reuse, Rreduce and recycle), dan juga
mempelajari cara mengubah pakaian menggunakan alam sekitar dan bahan kitar
semula.
Selain dari itu, acara Treasure Hunt turut menjadi highlight
dalam program ini, kerana dalam treasure hunt ini lah semua ahli kumpulan
berusaha berkerjasama bagi mendapatkan sesuatu. Bagi Numi, Treasure Hunt memang
best! Tapi apa kan daya Numi tak dapat meneruskan perjuagan kerana sakit Asma
yang numi hadapi ini membataskan pergerakkan Numi hingga ke akhirnya.
Tetapi, ahli kumpulan numi memang cukup2 sporting dan sifat
daya saing dorang memang tinggi, mereka memenangi pertandingan Fashion Show
dengan mendapat tempat ke 3 dan memenangi acara Treasure Hunt tersebut!Syabas
kepada semua adik-adik.
Apa yang penting, objektif utama program Back To Nature ini
tercapai dengan adanya perubahan sifat dari para pelajar . Numi harapkan, di
masa akan datang lebih ramai lagi pihak yang membuat program seperti ini di
tempat2 yang lagi BEST dan MENCABAR.
Kredit gambar daripada my best buddy : Ayue Idris
Terima kasih kerana sudi membaca.
2 Orang Positif
Menarik...sesekali join event macam ni mmg mengigatkan kita pada zaman persekolahan kan...
BalasPadamMemang akak. Tapi sebab x larat nak naik bukit tu buat spoil jer. Huhu
Padam