[OOTD] Perlumbaan F1 Malaysia 2016
Bismillah & Assalamua'alaikum semua. Minggu lepas, Numi bersama-sama hubby. dan Ayue ke Litar Sepang F1 untuk lihat Final F1 secara lansung. Ini adalah pengalaman pertama Numi tau lihat F1 secara lansung. Selalunya dapat lihat dekat TV jer. Tapi kali ini, dapat offer dari Ayue untuk lihat secara lansung F1, mahu tak nak bukan? hehe. Kami bertolak dari Shah Alam jam 1.30 petang dan sampai di Sepang jam 2.15 petang. Dengan cuaca yang panas terik dan keadaan orang yang sangat ramai, memang menuntuk Numi untuk bersabar. Dalam pemerhatian Numi, penonton ramai dalam kalangan Mat Salleh dan orang luar. Warga negara yang menonton hanya suku daripada grand stand dan kebanyakkan yang datang orang-orang Petronas. Yelah, Loise hamilton sekarang dah memandu dalam pasukan Petronas, mestilah ramai yang datang sokong Petronas, dan termasuklah Numi. hehe. Kami duduk di main Grand Stand yang membolehkan kami lihat aktiviti di Starting Point dan Turn terakhir se...