5 Sebab Kenapa Perlu CCTV di Rumah & Tempat Kerja
21 5 Sebab perlu CCTV di Rumah & Tempat Kerja. Bismillah & Assalamua’alaikum Dewasa ini, banyak kita dengar kes-kes penderaan kanak-kanak yang berlaku. Lebih-lebih lagi yang berlaku pada anak-anak yang dihantar ke rumah pengasuh atau yang dijaga oleh Maid Indon/Filipine/Melayu tu sendiri. Terdapat kes penderaan kanak-kanak ini berlaku sampai maut tau! Memang sungguh ngeri. Dalam keluarga Numi sendiri pun turut terjadi kes penderaa kanak-kanak. BIla ditanya kenapa badan anaknya lebam-lebam dan biru, dijawabnya mungkin terlanggar kerusi atau terhantuk meja. Masalahnya sekarang, budak umur 1 tahun yang masih belum pandai berjalan, tak kan lah boleh terhantuk meja dan kerusi. Memang tak masuk dek akal..! Disebabkan tiada CCTV yang merakam segala aktiviti-aktiviti pengasuh yang mungkin sudahpun ‘membelasah’ anak-anak itu sampai ‘lunyai’, kita memang tiada bukti yang kukuh selain lebam2 dibadan anak-anak kita tu.. nak dakwa pun susah. Alih-l...