[HOTEL REVIEW]: The Everly Hotel, Putrajaya

2:10 PG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua
Suasana The Everly pada waktu senja
Salam Jumaat kepada semua readers Numi dan Selamat tahun baru Cina kepada semua rakan-rakan Chinese Numi. Okey, harini Numi nak share perkara yang best semasa menginap di Hotel Everly Putrajaya. 
Mungkin ramai yang dah tahu tentang Hotel Everly ni kan.. Mereka merupakan Penaja rasmi kami untuk Eat Travel Write Putrajaya. Jadi apa kata Numi cerita sedikit tentang The Everly Putrajaya ni. 

Terletak di Pusat Bandar Putrajaya iaitu di Preseint 1, bersebelah dengan Alamanda Putrajaya. Memang menjadi pilihan ramai pelancong untuk menetap sepanjang berada di Putrajaya. Memiliki 380 bilik tetamu dan boleh memuatkan sehingga 700 orang tetamu dalam satu-satu masa. Cukup untuk menampung satu trip pelancongan. Rate bilik pun tak mahal sangat..! 
Mari Numi tunjuk bilik tamu Numi dan Eina Angle sepanjang program Eat Travel Write..
Jadi ini merupakan view bilik kami. Warm an cozy. Warna tema bilik memang sama ye. tak de beza-beza untuk bilik yang lain. hehe.
Katil single yang luas. Puas guling-guling atas ni. heheh

Bilik air yang di lengkapi dengan shower, sink, dan toilet. Bath tubje tak de

view pada petang hari dari bilik kami. 
Kemudahan asas yang di sediakan di setiap bilik : 
  • Individually controlled air-conditioning
  • Non-smoking room
  • Telephone with IDD
  • LCD television with remote control
  • Mini bar & refrigerator
  • In-room tea and coffee making facilities
  • Hair dryer
  • Iron and iron board
  • Astro / Satellite TV channels
  • Free Wifi Internet access at all floors
  • Complimentary drinking water
  • Prayer mat

Jadi, korang tak usah risau lah yer, kalau masa dekat hotel baru perasan tak ade ubat gigi, ke shampoo ke.. korang boleh je berlari ke building sebelah untuk ke Shopping Mall Alamanda. Di sana ad banyak retails shop, cinema, leisure places dan banyak lagilah. 

Rate bilik pulak tak lah mahal sangat. Korang boleh booking direct ke Everly Hotel Putrajaya atau call : 03-8892 2929

Harap artikel ini membantu korang yang nak bercuti ke Putrajaya nanti. :)

Salam


 
post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. wahh yan suka hotel ni dh dekat gilos dgn alamnda,persekitran bersih cantek lawa :) suka btl tangga hotel ni haha *Unik sbb pusing2 gitu blh posing ala2 cinderella*

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe