EAT.TRAVEL.WRITE : DAY 1
Bismillah Assalamua'alaikum semua. Korang apa khabar? Numi nak share dekat readers Numi harini tentang pengalaman Numi sepanjang menyertai Eat Travel Write 2 yang berlansung di Putrajaya. Tapi, sebelum Numi memulakan karangan tentang tempat-tempat menarik di Putrajaya, Numi nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Gaya Travel dan Perbadanan Putrajaya kerana mengadakan Eat Travel Write ini khusus untuk para Blogger dan Editor di Malaysia. Korang mesti tak tahu kan, di Putrajaya ada banyak tempat menarik sebenarnya.Ramai orang beranggapan, Putrajaya ini adalah satu bandar koloni kerajaan, kerana banyak bangunan kerajaan yang didirikan di sana. Tapi, yang ramai orang tak tahu adalah tempat-tempat perlancongan yang terletak di sana dan tempat makan menarik yang patut di war-warkan kepada penduduk Selangor. Apa lagi, jom ikut Numi berjalan sekitar Putrajaya ...