Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel SBB

SBB 2016 | Bukan Sekadar Sepetang Bersama Blogger

Imej
Bismillah Assalamua'alaikum semua~ Blogger yang ada pergi SBB semalam, mesti harini nak rehat2 kan. Dah penat seharian semalam, dan ada yang Numi dengar sambung buat kerja sampai malam / event sampai malam tuuu.. Respect lah dengan korang semua.  Anyways, entry pada hari ini adalah khas untuk SBB 2016 yang berlansung pada 16 April 2016 iaitu semalam lah kan. Bertempat di Dewan Campbell Kuala Lumpur, seramai hampir 300  blogger dan usahawan yang turun ke KL untuk memeriahkan SBB 2016 kali ini.  Bagi pengalaman Numi sendiri untuk SBB memang cukup manis dan indah. Kali pertama pergi SBB ini adalah pada tahun 2015, bertemakan sukan outdoor. Memang semua aktiviti yang dilakukan semuanya outdoor dan lebih kepada program kesukanan sebenarnya. Kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk menyelesaikan explorace. Fuh! memang basahlah ketiak masing2 bila balik petang tu kan. Tapi yang bestnya Kumpulan Numi memang tau~  Syukur sangat-sangat....