SBB 2016 | Bukan Sekadar Sepetang Bersama Blogger

6:37 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua~

Blogger yang ada pergi SBB semalam, mesti harini nak rehat2 kan. Dah penat seharian semalam, dan ada yang Numi dengar sambung buat kerja sampai malam / event sampai malam tuuu.. Respect lah dengan korang semua. 

Anyways, entry pada hari ini adalah khas untuk SBB 2016 yang berlansung pada 16 April 2016 iaitu semalam lah kan. Bertempat di Dewan Campbell Kuala Lumpur, seramai hampir 300  blogger dan usahawan yang turun ke KL untuk memeriahkan SBB 2016 kali ini. 

Bagi pengalaman Numi sendiri untuk SBB memang cukup manis dan indah. Kali pertama pergi SBB ini adalah pada tahun 2015, bertemakan sukan outdoor. Memang semua aktiviti yang dilakukan semuanya outdoor dan lebih kepada program kesukanan sebenarnya. Kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk menyelesaikan explorace. Fuh! memang basahlah ketiak masing2 bila balik petang tu kan. Tapi yang bestnya Kumpulan Numi memang tau~
 Syukur sangat-sangat. 

itu tahun lepas.....

SBB 2016 pula bertemakan indoor, lebih kepada forum dan sharing tip-tips daripada blogger powerful dan usahawan-usahawan yang berjaya. Selain itu, cabutan bertuah sebanyak 70 hadiah juga menanti setiap peserta tau.. Memang bertuahlah kepada sesiapa yang pergi ni. 

Objektif utama SBB ad


 
alah untuk menjadi sebagai platform networking antara satu dengan yang lain. Yelah kan, tak semua blogger yang keluar pergi event dan kenal satu dengan yang lain kan.. Ada yang berniche Beauty, memang banyak bermain dengan alat makeup. tetapi tak ramai kenalan blogger yang lain. Numi sendiri mengaku benda tu. Tetapi, bila dah pergi SBB ni, barulah kita nampak batang hidung blogger tu sendiri. Sebelum ni asyik lah baca blog dia je kan... heheheheh.. 


Jadi di SBB ni, blogger saling berkenalan dan saling memberi tips berguna untuk di kongsikan. sebab tu lah namanya Sepetang bersama blogger. Kalau tak dapat ape2 input daripada SBB memang rugilah noks.. Kalau datang SBB tapi duduk senyap sendu tu memang rugi lah.. Sebab masa ni lah baru nak berjumpa dengan tuan badan blog sekian-sekian-sekian dan bertanya tips ni.. Dan tak lupa berkenalan dengan usahawan yang hadir masa tu.. kannn.. 

Mana tahu dorang offer untuk buat job Produk Review. Haaa, kalau tak tampil tunjukkan diri, mana owner business nak kenal.. heheh. 


But anyways, SBB 2016 banyak memberi imput positif kepada blogger2 yang hadir. Segala tips HH, Akif Azizan, Abang Hensem dan ramai lagi speaker yang hebat ini banyak yang kita boleh pakai. 


Selain itu, setiap blogger menerima goodie bag daripada Richwork International Sdn Bhd ini yang berupa buku daripada jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia Azizan Osman. Numi sendiri tak mampu nak beli CD dan Buku Azizan Osman ni tau. baca di MPH jer. Bila dapat semalam, Ya Allah, rasa seronok tu macam nak melompat2 je tauuu.. hahahah. 


Sempat jugak menyerahkan Instant Shawl Mariah kepada Sally Samsaiman sebagai tanda penghargaan menjadi LIKERS ke2 di Nurmika-MY. 

Bloggers yang nak hadiah shawl pun boleh jugak okey. Cepat like Nurmika_MY sekarang! Numi akan pilih yang bertuah untuk menerima instant shawl yang lain.. 

Dan akhir sekali Numi antara insan-insan bertuah yang dapat menang lucky draw dan IG contest daripada Penaja. Terima Kasih Codi Cafe dan Zeeta Official untuk hadiahnya, serta tahniah kepada Pena Berkala menang 4h3m di Amsterdam Fully Sponsored  dan Maha Mahu Menang Pakej Umrah pun fully sponsored. Bertuahnya korang.. !



In Sya Allah, tahun depan Numi akan pastikan Numi akan menang hadiah utama yer. ;)

Terima Kasih Denaihati Networks,
Terima Kasih Penaja
dan Terima Kasih Allah.. 
 
Salam Sayang

post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. best kan numi.. tahun lepas kita segroup.. hehehe numi dgn ayue muka kembar.. kadang2 kena perati lama2 baru dapat beza

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe