L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence
Sebagai jenama penjagaan kecantikan global, L'Oréal menawarkan lelaki dan wanita di setiap benua dengan produk kecantikan dan penjagaan diri yang dipertingkatkan dengan evolusi saintifik terkini. Berita baik untuk warga Malaysia, jenama ini telah melancarkan produk anti-penuaan dan pembaikan kulit dengan formula baru yang disesuaikan untuk cuaca tropika di negara ini. Kulit muda berseri-seri walaupun dari dalam boleh dinikmati dengan menggunakan dua produk utama dalam rutin penjagaan kulit harian anda iaitu: L'Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oréal Paris Revitalift Day Cream yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++! Kita sedar dan memahami bahawa wanita kini mempunyai gaya hidup dan kerjaya yang semakin sibuk, jenama L'Oréal Paris telah merumuskan rutin penjagaan kulit yang dapat memberikan hasil yang cepat dan menambah keyakinan agar wanita kini mempunyai lebih banyak masa ...