Orang kata, lagi jauh kita merantau, lagi luas permandangan dan minda kita. Numi amat setuju dengan pepatah ini dan dengan setiap destinasi yang kita tujui dalam hidup kita, membolehkan kita mengenal lagi banyak budaya orang dan adat resam sesebuah kaum tersebut. Atau mungkin juga boleh bertemu jodoh di tempat orang. Sama seperti kisah percintaan Puan Asyikin dan Haji Tang Guo Hua. Kisah percintaan mereka yang mula berputik di negeri China dan terus membawa kejinjang pelamin.
Bagi peminat Asyikin Exclusive dan Baba Nyonya Shop, pasti mereka kenal empunya dua legasi tekstil besar di Malaysia ini. Bagi yang tak kenal, inilah peluang anda untuk saling berkenalan, kerana pada setian Ahad jam 7.30 pm akan tersiarnya rancangan Travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua dimana Puan Asyikin akan berkongsi kepada anda semua pengalaman berharganya sepanjang bergelar isteri, usahawan dan ibu.
Rancangan yang kini sudahpun ditayangkan untuk 4 episod antara lain mempotretkan kisah kehidupan suka dan duka dua individu iaitu Nur Asyikin Rahmat dan Haji Ishaq Tang Guo Hua selaku watak utaman sepanjang rancangan ini. Numi sendiri telahpun melihat sedikit bingkisan berkenaan Travelog ini dan Numi sangat teruja kerana Puan Asyikin membawa kita ke lubok-lubok pemborong di China. Haaa, ini lah masanya kalau kita nak tahu dekat mana Puan Asyikin ambik stock. hehe
tempat-tempat yang dua merpati ini bawakan kepada penonton bukanlah lokasi wishlist para pelancong, tetapi ianya wishlist para pedagang dan usahawan. Itulah keunikkan Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua.
Pada perlancaran Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua pada minggu lepas, kami sempat beramah mesra dengan dua usahawan ini dan ternyata orangnya sangat cantik dan awet muda. Tak kurang sopan dan sangat merendah diri. Itulah ciri-ciri usahawan yang Numi sangat hormati dan Numi ikuti nanti.
Kepada yang terlepas menonton episod pada minggu lepas, korang boleh lihat lagi siaran ulangan di Astro Oasis atau tonton di Astro On The Go. Pasti boleh dapat lihat lagi episode-episode yang lepas. dan kepada yang nak tonton episode baru, boleh tonton siarannya di Astro Oasis jam 7.30 malam. Dengan 9 episode keseluruhannya, penonton pasti teruja melihat beberapa perkongsian dan kejutan yang bakal ditunjukkan pada setiap episode .
Numi tinggalkan gambar kenangan bersama-sama Puan Asyikin dan Suaminya tercinta. Numi doakan semoga empayer beliau akan terus berjaya pada masa akan datang.
SayaNaomie. Gadis Melayu Sarawak yang bermastautin di Kuala Lumpur. Sudah berkahwin dan mempunyai 16 ekor kucing.
Sedikit info, Blog ini bermula pada tahun 2011 dengan penulisan personal dan sekarang sudahpun masuk tahun ke-5. Kini blog ini lebih fokus kepada Lifestyle, Beauty, Fashion dan Travel. Jom ikut saya untuk mencuba sesuatu yang baru.
Basic Info tentang Naomie:
Berat & Tinggi : 70kg & 162cm
Kulit : Pan Asia
Impian : Menjadi Ibu, Usahawan dan Blogger TERHEBAT di Malaysia
Jom bekerjasama untuk :
Review | Advertorial |Advertising | Collaboration |Social Media Influencer Jobs
2 Orang Positif
Syiok jugak kan tengok diorg dalam travelog ni..kelakar je hubby dia..hehehe
BalasPadamBetul tu akk. Numi kalau dpt peluang, every year nak ke China.
Padam