Tampil Elegan dengan Beat of La Donna daripada RinaSalleh Clothing
Bismillah Assalamua'alaikum semua Jenama RinaSalleh Clothing memang tidak asing lagi di dalam fashion Muslimah. Bermula dengan berniaga secara online di Friendster dan blog pada tahun 2009, dan kini mempunyai official website dan butik pakaian sendiri membuatkan jenama RinaSalleh Clothing semakin utuh dan berjaya. Numi baru-baru ini sempat menghadiri majlis fashion show 2016 mereka yang diadakan di White Box, Publika pada minggu lepas. pengasas RinaSalleh Clothing : Pn Norazrina bt Mohd Salleh Koleksi yang dinamakan Beat of La Donna adalah khusus untuk hari raya dan sesuai untuk pakaian ofis. Bertemakan wanita elegan sepanjang zaman, Audry Hepburn, memang menjadikan seorang wanita yang memakainya tampak elegan dan classic. Kombinasi patern klasik dengan potongan pakaian modern, memberi ilusi unik. Bukan itu sahaja, koleksi ini juga Nursing Friendly dan wuduk friendly tau. Baguskan? Jom kita lihat antara koleksi menarik Beat of La Donna ...