Lady Arissa Couture | Shawl Untuk Wanita Bekerjaya

9:46 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum ladies.
Pada entry sebelumnya, Numi baru je bercerita tentang Muslimah Tops. Yes! sekarang makin trending di Malaysia adalah pemakaian Muslimah dan syukur sangat ramai dah wanita kini bertukar daripada vogue to Muslimah gituuu..
Jadi untuk melengkapkan lagi cerita tentang Muslimah attire ni, Numi hendak memperkenalkan satu jenama tempatan yang semakin meningkat naik sekarang. Lady Arissa Caouture (LAC).
Jenama LAC sudah pun berada di pasaran selama tiga tahun dan di usahakan oleh seorang wanita yang Numi sangat respect sekali ;  Puan Izzah Jaslenda. Idea beliau memulakan perniagaan adalah bagi memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan hijab yang menepati syariah Islam. Beliau amat mementingkan kualiti kain dan keselesaan pelanggan beliau apabila mengenakan hijab daripada LAC. 
LAC pada permulaanya adalah berniagaan online. Platform yang dijalankan adalah melalui Facebook, Instagram, dan beberapa website tempatan. Tetapi, buat julung kalinya LAC kini boleh didapati di Aeon Mall Shah Alam. Jadi,korang boleh datang sendiri dan rasai kualiti kain untuk hijab yang di reka khas untuk wanita bekerjaya. 




Numi, Kak Ayu dan Neera dah pun  pergi melihat 'kedai' LAC didalam Aeon Mall Supermarket ni dan kami bertiga memang sangat teruja. Keterujaan Numi lah yang paling ketara sekali. Semua shawl nak di cubanya oi... heheheee. Ikuti selfie kita nie eh..

Me donning Chanteq. Chanteq tak kiteeee? hehehe

Bersama Puan Izzah.
Humble yang amat. Siap betulkan tudung kita lagi. huhuh.. 
Bukan itu sahaja, Lady Boss LAC pun turun padang tau, bagi memeriahkan lagi rombongan 3 blogger ni ke kedai LAC. Memang riuh lah masa kami datang tu. Siap tolong promote2 jugak dengan customer yang datang.. heheh
Antara yang menjadi Hot Selling LAC adalah : 
Delaila Exclusive Wide Shawl

Aisyah RTW-Instant Shawl

Okey, last but not least, gambar bersama-sama Puan Izzah sebagai tanda penghargaan. Terima kasih Puan Izzah untuk Chanteq.. Jap algi Numi buat sotd (Shawl of the day)
Dan,,,, Tadaaaa, SOTD Numi daripada LAC. Last sekali sebelum Numi menutup tirai entry ini, Kepada sesiapa yang terhingin nak dapatkan Iphone 6s, boleh okey! 

Sekarang LAC sedang mengadakan contest LACIPHONE. Beli shawl RM70 keatas, tangkap gambar selfie dan upload di Instagram. Jangan lupa hashtag #LadyArissaCouture #LACIphoneContest

Untuk Maklumat lanjut sila ke FB page : Lady Arissa Couture

Jadi jangan cakap Akak tak payung okey.. 
Salam Sayang, Love
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe