[EVENT] Perlancaran Rangkaian Produk baru D'Haja | Minyak Wangi Fasha Sandha & RTW Rita By D'Haja
12:58 PTG
Bismillah
Assalamua'alaikum semua.
Kepada follower Numi di Instagram, mesti ada nampak gambar Numi dengan Ayue di majlis perlancaran Produk terbaru D' Haja di PWTC miggu lepas. Bagi sesiapa yang tak perasan tu, mesti tak follow kite. uhuk2. Jemput follow yer :) (muah ciked kalau dah follow)
Baik lah, bagi you all yang tak tahu lagi, D'Haja telah pun membuat satu perlancaran besar-besaran bersama dengan agent-agent, rakan seniaga dan pihak media. Numi dan Ayue juga diantara media yang turut hadir di majlis perlancaran ini.
Numi memang tak familiar dengan brand D'Haja ni sebenarnya, tapi bila dah di perkenalkan haritu, D'Haja sudah pun berada di pasaran selama 8 tahun. Pengasas D'Haja, Puan Ija Ahmad memulakan perniagaan berasaskan Hijab pada tahun 2009 dan kini membuka langkah untuk meluaskan lagi rangkaian produk jenama D'Haja.
Antaranya adalah "Minyak Wangi Fasha Sandha By D' Haja dan juga RTW Rita by D'Haja"
Dua-dua produk yang bakal menjadi satu fenomena di Malaysia nanti. Kenapa? Sebab orang Malaysia sekarang ni memang sukakan wangian dan baju Muslimah yang cantik dan selesa.
Upacara dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya nyanyian daripada artis baru Malaysia. Selepas itu, perasmian minyak wangi Fasha Sandha. Oh! Numi memang terpegun melihat bertapa cantik nya si Fasha in real life. Selalu tengok dekat TV je kan, Kali ni dapat tengok live rasa 'waaaah, memang cantik orangnya' Sampai nak ambik gambar pun bergetar ni. heheh
selepas itu, fashion show RTW Rita di mulakan. Baju yang di tampilkan amatlah selesa dan longgar. Design nya pulak agak simple tetapi nampak 'class' nya tersendiri. Rita banyak menggunakan corak leapord, harimau, warna yang agak terang serta corak bunga besar menampakkan keanggunan wanita itu sendiri.
Dalam banyak2 design tu, Numi berkenan dengan baju harimau putih tu, dan dress chocolate yang sangatlah cantik. Harap lepas ni dapatlah satu kan. hehehe.. harga yang ditawarka untuk baju, skirt, seluar dan dress dalam anggaran RM100-120.
Selesai je fashion show, amka berakhirlah majlis perasmian tersebut. Para tetamu di jemput untuk makan sambil bertemu mesra. Yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah pengasas Aura White, Wife Terlajak Laris, Pengasas Tudung Bawal dan beberapa lagi selebriti tanah air.
Fashion show kali ini memang akan memeriahkan lagi industri fashion Muslimah di tanah air kita. Numi berharap satu hari nanti, Numi juga turut menjadi seperti Puan Ija dan Rita.
SayaNaomie. Gadis Melayu Sarawak yang bermastautin di Kuala Lumpur. Sudah berkahwin dan mempunyai 16 ekor kucing.
Sedikit info, Blog ini bermula pada tahun 2011 dengan penulisan personal dan sekarang sudahpun masuk tahun ke-5. Kini blog ini lebih fokus kepada Lifestyle, Beauty, Fashion dan Travel. Jom ikut saya untuk mencuba sesuatu yang baru.
Basic Info tentang Naomie:
Berat & Tinggi : 70kg & 162cm
Kulit : Pan Asia
Impian : Menjadi Ibu, Usahawan dan Blogger TERHEBAT di Malaysia
Jom bekerjasama untuk :
Review | Advertorial |Advertising | Collaboration |Social Media Influencer Jobs
0 Orang Positif