Wangian EDT Baharu Enchanteur, Magique yang memukau
2:04 PTG
Bismillah
Assalamua’alaikum
semua!
Siapa peminat
tegar ENCHANTEUR di sini? Mesti ramaikan.
Numi juga merupakan salah seorang pengguna minyak wangi ENCHANTEUR tau. Bauan
nya yang segar dan mempesonakan itu, boleh menambah konfiden level seseroang
tau. Selain itu, kita juga akan mudah mengingati sesorang dengan hanya menghidu
baunya sahaja. Menurut mirror.co.uk,
manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65%
ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula
hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Maka tak hairanlah, kalau
wanita yang wangi akan mudah mendapat perhatian jejaka berbanding mereka yang
tidak memakai apa-apa wangian.
Oleh itu, ENCHANTEUR
baru-baru ini melancarkan wangian baharu Edisi terhad EDT Magique, yang
merupakan gabungan bauan daripada tiga wangian sebelum ini iaitu : Belle Amour, Adore, dan
Mon Amie. Berinspirasikan dengan keindahan Kota Paris, wangian
ini dicipta khas untuk setiap wanita muda, romantic
dan elegan. Wangian baharu Magique adalah kombinasi sempurna pesona
romantic flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetus
keyakinan diri serta merealisasikan impian wanita. Maka tidak hairanlah,
wangian Magique ini menjadi kegemaran Numi sejak perlancarannya tempoh hari.
Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam:
· ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)
Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira
untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang
baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan
praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan
personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang
mekar.
·
ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Eau De Toilette
Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang
berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi
Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah
jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi
nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan
menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat
sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.
·
ENCHANTEUR PARIS Belle
Amour Eau De Toilette
Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan
perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan
daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota
atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu
yang menawan deria anda. Wangian
ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa
untuk cinta hati anda.
·
ENCHANTEUR PARIS Adore
Eau De Toilette
Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti
menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona
dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta
kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang
menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk
memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman
sensasi untuk temujanji malam yang romantis.
Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De
Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan
boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.
Semasa majlis perlancaran itu,
pihak ENCHANTEUR turut mengadakan sesi perkongsian bersama Puan Josephine Lui
yang merupakan President of the Association of Image Consultants International
Malaysia. Beliau berkongsi mengenai pemakaian minyak wangi mengikut personaliti
seseorang. Numi pun baru tahu tau, setiap wanita mempunyai lebih daripada 1
personaliti yang kita sendiri tidak tahu. Adakah kita seorang yang
Berani , Menggoda, Keanak, atau seorang yang Kreatif. Jadi pemilihan
minyak wangi mengikut personaliti amatlah penting tau. Sebagai contoh, kalau
dirumah bersama suami, adakah korang akan menggunakan minyak wangi yang baunya
teramatlah kuat ? sudah pasti tidak ! Minyak wangi yang sesuai untuk
masa intimasi semestinya sesuatu yang mampu menggoda.
Dalam rangkain ENCHANTEUR
EDT pulak, pastilah Mon Amie. Korang boleh cuba yer,Belle Amour, Mon Amie dan
yang terbaru, Magique. Pastikan sembur wangian 15 minit sebelum keluar dari
rumah agar bau yang tinggal hanyalah bauan yang lembut di badan korang.
Okey korang, rasanya itu je Numi
kongsikan harini,
0 Orang Positif