Salam Maal Hijrah 1435Masihi & Komunikasi berkesan dengan pasangan anda.
3:59 PTG
Bismillah
Assalamua’laikum wbt.
Tahun baru Hijrah 1435Masihi. Alhamdulillah kita masih lagi
di beri peluang untuk hidup pada tahun ini kan. Syukur sangat sangat, Allah
masih lagi beri peluang kat kita untuk duduk di Buminya, berlindung di bawah
langitnya dan makan setiap apa di bumi ini. So apa yang numi nak share untuk
entri hari ini adalah; pengalaman masa Kursus Kahwin last week.
Ok, setiap orang ada pandangan dia sendiri bukan. Bagi numi
kursus ini memang amat bermanfaat dan banyak mengajar tentang kehidupan yang
bakal kita jalani selepas mendirikan rumah tangga nanti. Semua orang impikan
keluarga yang bahagia. So bagaimana kita nak kekalkan bahagia itu sendiri
terletak kepada kita sendiri. Apa yang numi perolehi pada hujung minggu lepas
memang sesuatu yang amat berguna, dan sedikit sebanyak memberi ilmu tambahan
yang kita sendiri tak tahu. Antara yang di bincangkan adalah bab akhlak,
akidah, ibadah, procedur perkahwinan, hubungan dalam berkeluarga, cara
berkomunikasi, pemgurusan kesihatan keluarga, dan pembubaran perkahwinan.
Antara yang numi suka adalah bab komunikasi antara suami
isteri. Ok, memang susah untuk faham orang perempuan ni kan, sebab cakap mereka
ini berlapik, bukan nya cakap direct. Ada banyak bunganya bila dia nak kata
sesuatu itu. Dan kami ini jenis yang banyak cakap, banyak bercerita, banyak
gossip dan semua lah yang berkaitan dengan percakapan. Banyak jer yang kami
mahu bualkan kepada suami. Ok. Ada kalanya suami akan rasa rimas kan, dengar
banyak sangat cerita. Haha. Tapi tolong lah faham, bagi suri rumah sepenuh masa
yang duduk terperap je di rumah dengan siapa dia mahu bercakap kalau bukan
anda. Siang kamu bekerja, dia duduk rumah, mengemas rumah, masak dan buat semua
kerja rumah itu sendiri. Tanpa banyak bercakap. Naa, bila dah anda dah pulang,
ini lah masanya untuk dia mula bercakap tak henti sampai masa untuk tidur. Itu
tandanya dia sedang bahagia bercerita itu ini. Dan yang anda perlu lakukan
adalah mendengar dan menjawab yang perlu sahaja. Beri pendapat tentang apa yang
di ceritkan nya. Kalau dah penat x dpt nak sambung ceritanya, hangguk jer
kepalamu. Ok?
Selain itu, komunikasi berkesan adalah duduk sama paras
dengan pasangan anda. Pandang matanya dan di selangi dengan sentuhan. Jawab
dengan lembut dan di selangi senda gurau. Bagi isteri, buatlah suara paling
manja untuk mengoda. Kalau x boleh tu, cakap biasa sudah.mimik muka dan lenggok badan juga main
peranan. Kalau tengok muka nya macam berkerut tu, maksudnya ada something lah
yang berada dalam fikiran nya. Try bertanya, dan bincangkan dengan berhemah.
Perempuan ni kan sangat kompleks. Kalau dia kata “saya tak apa-apa”
haaa,itu maksudnya dia ada sesuatu lah tu. Yang buat dia terasahati. Lelaki jangan
lah lurus bendul sangat untuk ingat memang tak de apa2 jadi tu , korang kena
tahu, itu adalah hint yang dia beri untuk anda pujuk dia. Untuk pujuk perempuan
ni, haa kena ada ilmu jugak. Lain orang lain caranya. Jangan di sebabkan dia
merajuk, anda pun merajuk jugak. Kalau dah dua dua merajuk, sorang kena naik
bendera putih dahulu. Kalau tak, memang akan berantakan. Sentiasa ingat orang
yang meminta maaf terlebih dahulu adalah orang yang hebat. So, berebut lah
untuk menjadi orang yang hebat yer. Jangan tinggi kan ego anda untuk sesuatu
perkara yang boleh merobohkan rumahtangga anda. Bodoh namanya tu.
Banyakkan memuji antara satu dengan lain. Time2 macam nil ah
kita nak angkat bakul dorang. Misalnya puji masakan isteri sangat sedap dan
lazat dari makanan di hotel 5 bintang. Heheheh. Itu namanya penghargaan bagi
mereka. Puji suami dengan memuji harumannya yang sungguh wangi dan
ketampanannya melebihi kehenseman Shah Rukh Khan. Maka, mereka akan terus masak
dan kelihatan hensem untuk anda. Kan? Ambik hatinya dengan memberi hadiah pada
hari2 tertentu. Siapa yang tak suka bila terima hadiah daripada orang yang dia
sayangi. Beri kejutan, kerana wanita memang suka surprises.
Kalau nak tegur, tegur directly, tetapi jangan sampai
menjatuhkan maruahnya di depan orang ramai.
Tegur dengan cara yang lembut dan berhemah. Kerana orang yang bahagia
adalah orang yang suka terima nasihat dari orang lain. Nak jadi bahagia memang
senang. Cuma kita sendiri yang selalu menyusahkan diri kita sendiri untuk tidak
bahagia.
Bagi tahun baru ini, marilah kita tanam azam baru untuk
menjadi orang yang bahagia selalu. Maksudnya elak kan melakukan maksiat. Allah
sentiasa menerima taubat hambanya selagi hamba itu mahu bertaubat. Numi sendiri
pun memang tak lari dari dosa kecik dan besar. Tapi numi memang tengah usaha
untuk mengubah diri. Doa kan numi, keluarga numi, dan para sahabat numi agar
sentiasa menjadi orang yang bahagia dunia akhirat.
Allahualam.. Assalamua’laikum
0 Orang Positif