Majlis persandingan Liza dan Suaminya

5:00 PTG


Bismillah
Assalamua'laikum


Suasana meriah bagi meraikan majlis persandingan Liza serta suaminya. Akhirnya Liza bersyukur kerana telah dikurniakan lelaki yang boleh menerimanya seadanya. Sanak saudara dah sahabat handai memenuhi ruang depan pelamin sambil cekap tangan nya mengambil snap gambar posing kedua mempelai.


Aku duduk di celah keramaian orang. Hanya tersenyum melihat kerenah manusia. Ramai yang bertanya bilakan masa aku pulak. Alahai, memikirkan tentang itu membuat aku sakit kepala, migrane. Sekarang nak cari calon suami yang sesuai memang payah. Aku rasakan lelaki yang baik di dunia ini semuanya sudah di cop di dahinya. Bukan nya tak ada lelaki yang mahu berkenalan denganku. Tapi aku susah untuk menerima. Lagipun bagiku mereka hanya mahu berkawan. Bukan nya serius untuk menjalinkan hubungan dengan ikatan yang sah. Mama pulak ashik nak menimang cucu. Aku tahu umur mereka sudah lanjut, tapi itu bukan alasanku untuk mendirikan rumah tangga terlalu awal.

antara kawan sekolah adik ku dulu, Helen(sikecil molek baju oren)
Helen, kawan adik ku sekarang mengandung, kandungan nya sekarang berusia sebulan lebih. Aku baru tahu yang dia telahpun mendirikan rumahtangga. Mudanya. Badannya yang kecil molek tidak menampakkan dirinya isteri orang, tapi bila terpandangkan cincin dijarinya dan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Aku tahu Helen bahagia sekarang.

with Kushaida
Kami tiba dikawasan perumahan pengantin dalam jam 11 pagi, aku seperti biasa memang tak tahan dengan suasana yang panas, cepat cepat mencari tempat untuk belindung dari sinaran matahari. Dan kebetulan aku menemui kazenku yang cantik menawan ini, Kushaida. Dia merupakan kazen pertama dengan Liza, manakala aku merupakan kazen kedua dari Liza. Dia menjemputku mauk kerumah neneknya. Suasana dalam rumah memang meriah dan penuh dengan anak menantu dari pihak Kushaida sekeluarga. Kush seperti biasa bertanyakan soalan cepumasnya, “macam mana dengan result?” aku menjawab, “macam biasa jer, syukur.” Aku sertakan dengan senyuman. Kushaida memang aku tahu dia seorang yang pandai menguruskan kerjanya dan kaki borak jugak. Dulu masa diplomaku aku banyak habiskan masa melepak di bilik dorang berbanding di bilik ku sendiri. tak lama kami bersembang, kedenganran palukan gendang menandakan ketibaan mempelai. aku sebenar menahan rasa malu bila berdepan dengan keluarga Kushaida, sebab jarang bertemu, aku pun blushing menebal. Hehehhe..




sementara di rumah pengantin, sesi bergambar bersama kedua mempelai sedang dijalankan.Liza kelihantan cantik sekali. Solekan pengantin menampak dia seperti orang dewasa. Padan lah dengan suaminya yang aku lihat persis macam Mohd Abidin, rakan sekelasku. Ni memang tolen2 muka Abi, cuma Abi tak da lah bekas jerawat seperti pengantin tu. Aku dan adik ku sempat bergambar dengan pengantin. Aku doakan semoga mereka dikurniakan anak cepat cepat dan dirahmati Allah sepanjang hidup mereka.

Sekitar 12.30 tengahari kami beransur pulang, tapi tak terus balik. Mama mintak diambik kan ubat nya yang tertinggal di rumah makcik ku yang baru menerima cucu. Kebetulan pulak bertembung dengan kazen ku. Banyak yang kami borak, termasuk jugak teguran kerana menulis yang tidak sepatutnya di belogku. Aku tahu tidak mudah untuk puaskan hati semua orang, dan bukan nya semua orang suka dengan segala yang kita buat kat dunia ini. Aku dulu pernah menulis tengan perangai orang yang berubah. Tapi aku tak mention siapa pun kan. Memang aku tak mention sesiapa, sebabnya memang semua orang kan berubah. Pantai di tepian lagikan berubah setiap hari. Inikan perangai manusia. Bagiku, orang akan berubah, jika dahulunya dia jahat, tak kan kekal selamanya dia jahat. Mesti terdetik hatinya untuk insaf. Aku tahu, aku bukan lah pakar dalam agama atau menilai seseorang. Dan aku pun bukanlah seorang yang cukup tua untuk mengkritik directly perangai yang tak baik seseorang itu, dan jika penyataan aku didalam belog ni telah menyakitkan hati mana2 pihak, aku mintak maaf sangat2. Segala yang terluah dalam belog ini bukan lah untuk menghina mana2 pihak, tapi itu sekadar ingatan bagiku dan bagi orang2 yang membaca belog aku ni. Jika sekarang ni korang rasa menyampah atau benci nak baca, so jangan baca ok.

Hidup kita memang tak selalunya indah. Bukannya seperti fairytail, yang mana kita boleh buat magis terus dapat apa yang kita ingin kan. Kita kena usaha. Kena bersusah susah dahulu. Lepas tu baru bersenang kan? Aku pernah dengan cerita dari seorang yang amat aku kenal, untuk nya berjaya dalam hidupnya, dia kena berlapar dan sanggup minum air paip semata mata untuk berjimat dengan duit  semata untuk melanjutkan pengajian nya ke pringkat yang lebih tinggi. Aku rasa semua orang di sekelilingku pernah mendengar cerita ini.

Dan jika cara penyampaian ceritaku di belog ini salah, aku harap korang akan dapat terima. Itu semua adalah kelemahan ku. Aku sekadar berkongsi, menceritakan kisah hidup dan bukan nya mencela mana2 pihak. Harap maaf yang aku pohon akan dikabulkan kepada hati yang disakiti.
Assalamua’laikum.

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe