Review: Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser

1:39 PTG

Bismillah dan assalamualaikum semua.
Selama 2 minggu ni, Numi cuba satu produk  skincare daripada Local Brand. Haaa, nak tahu brand ape, kene lah baca sampai habis.

My skin problem:

Seperti yang sedia maklum, Numi mengalami jerawat halus disekitar wajah Numi. Dan tona kulit tidak sekata. Ini mungkin disebabkan hormon badan yang tak seimbang dan disertakan dengan stress kerje melampau.

My solution:

Oleh itu, Numi perlukan satu pencuci wajah yang lembut dan bersifat water based untuk menglakkan kulit wajah dari tersumbat dan berminyak. Dan Numi perlukan moisture untuk maintain kulit agar sentiasa anjal dan sekata. Dari itu Numi buat keputusan untuk cuba Skincare daripada Ainaa Beauty.


Jom kenali Ainaa Beauty :



Brand Ainaa Beauty ini mula dilancarkan pada Januari 2018 oleh Pengasas kosmetik Nor Shafiqah Aina. Produk yang dihasilkan dengan menggunakan bahan bebas kimia ,  bahan -bahan natural Dan sudahpun mendapat kelulusan KKM.

Rangkaian produk Ainaa adalah Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Dua produk ini penting bagi merawat masalah kulit wajah yang Numi alami sekarang ni. Bersifat water based, produk ini bebas minyak dan mudah meresap di kulit.

Penggunaan yang senang. Jom lihat cara penggunaan produk Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser.




Bahan-bahan semula jadi yang terdapat didalam Ainaa Serum :

✔️Timun - mencerahkan kulit wajah
✔️Lavender - mencegah penuaan , sebagai anti oksida.
✔️ Aloevera - melembapkan dan menghidrasi kulit wajah
✔️ Soapworts - merawat kulit dan jerawat , kulit berisi sik, kulit MERIAH, fatal Dan merekah, merawat bisul.
✔️Asparagopsis Armata - meratakan rona kulit wajah, sebagai anti bacteria dan fungus
✔️Kelapa - memberi kelembapan pada kulit wajah.

My thoughts :

Pro: 

Setelah dua minggu penggunaan Ainaa Serum dan Cleanser, Numi dapati wajah sedikit halus berbanding sebelum ini. Jerawat halus yang dulu banyak tumbuh sekitar pipi dan dagu dah pun semakin pudar. Tona wajah sedikit rata, takde dah warna kemerah-merahan yang jelas.
dan yang paling ketara, makeup nampak rata dan tahan lama.. 
Bagi Ainaa Cleanser pula, ia tidak membuatkan kulit wajah Numi kering. so I like it a lot.. 

Cons: 

Bagi Numi yang kurang menyenangkan adalah texture gel yang agak melekit di wajah. tapi ianya cepat menyerap. Bagi harga pulak, ianya sedikit mahal bagi Numi. Tapi jika kualiti produk yang bagus, tak mengapa jika kita berbelanja lebih sedikit kan.. 

Harga produk : 

Ainaa Cleanser RM85
Ainaa Serum RM65

So untuk keseluruhannya, Numi bagi 4.2 / 5 star untuk produk Ainaa Serum dan Cleanser ini.

Korang boleh dapatkan produk Ainaa Beauty ni di Agen-agen atau melalui website
Ainaa Beauty Official 
dan lawati Facebook  & Instagram 


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe