Lupa

5:30 PTG

Bismillah

Assalamua'laikum

"Pelupak Nauzubillah.. !!!!!!!!"

itu ayat mama kalau dia terlupa sesuatu di bilik tidurnya, selalunya dia kan lupa untuk bawak minyak kapak, pinggan, cawan or apa-apa jer lah.

Sumber dari Google
Lupa memang sesuatu yang semua orang pernah alami. Sebab itu memang lumrah manusia. Lagi-lagi Dr M pun pernah kata yang 'Melayu mudah lupa'..

Macam numi sendiri memang boleh lupa, tentang perkara yang kecik-kecik. Sebagai contoh pagi tadi. Hubby dah pesan malam tadi untuk bawak balik ikan masin yang mama kirim dari Kuching. Tapi di sebabkan penat, dan terlalu banyak perkara nak dibuat semasa pagi tadi memang terus tertinggal lah ikan masin tu.. (T-T)..

nota kaki: Sorry baby, bukan sengaja untuk tinggalkan ikan tu, syg lupa, tak sengaja.. :(

Selalunya orang akan mudah lupa di sebabkan beberapa faktor. Antaranya:


  1. Depresi
  2. kurang rehat
  3. pengambilan ubat-ubatan 
  4. Kandungan gula yang tinggi
  5. Kadar metabolisma menurun
  6. Usia lebih 65 tahun (nyanyok) 
  7. Berdengkur/gangguan tidur
Jadi itu antara sebab saintifik lah kenapa kita boleh cepat lupa dan mungkin itu adalah punca numi boleh selalu lupa. Terdapat juga sebab islamik yang kita tidak patuhi punca sebab kita mudah lupa.Antaranya:
  1. Tidak menunaikan solat 5 waktu
  2. selalu berbohong
  3. selalu mungkir janji
  4. Makan makanan yang shubhah(meragukan)
Jadi jangan biarkan tabiat lupa ada dalam diri kita. Itu sebagai ingatan untuk diriku sendiri.. huhuh  :( 

Walaubagaimanapun tabiat lupa pun kita boleh atasi dengan pelbagai cara. Nak tahu bagaimana atasi lupa? Minggu depan numi update., ok?

Coz petang ni numi dengan hubby nak balik kampung laaa.. Yippie.. Sukenyeeee... Boleh makan sedap-sedap. Hujung minggu ni kami akan buat sesuatu yang special. Nak tahu apa yang bakal numi dan family buat? Next week k numi update.


Friday Outfit
Dress: Hadiah daripada Baby
Tudung: Pashmina LV Printed

Jumpa korang next week.. 

Happy weekend fellow friends.. 




You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe