Kelebihan Bercium. Aww..~!
2:38 PTG
Bismillah
Assalamua'laikum....
petang yang indah ini, numi nak share sikit tentang
kelebihan bercium.. banyak kelebihan yang boleh kita dapati daripada Kissing ni
Antaranya:::
1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi
kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki
jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak
melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran
darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110
degupan jantung per minit.
2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan
diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah
sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident
namanya! nanti tak pasal2 kena hempuk dengan helmet.. heheheh
3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan
dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan
bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan
berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka
yang nak cepat kurus. siapa yang gemuk tu(mcm aku) selalulah mencium suami
kalian.. hahahah..
4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress. Benar!
Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk
melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan,
mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih
bersemangat.
5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah
pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih
halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan
lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa..Hahaha!
=p
6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru
akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika
dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit.
Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol berlebihan.
7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit
perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah
tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan
alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak
asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut
berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong
kita untuk tidak sakit perut.
8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan
penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik
melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya
sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi.
Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut.
Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!
(sumber daripada note: Info lelaki melayu)
so, apa tunggu lagi, pergi lah cium laki anda sebelum orang
lain yang cium.. heheh,, ok.. adiyosss...
sila klik kat sebelah untuk bersedekah. terima kasih.. :)
0 Orang Positif