[FASHION] Mara In Fashion (MiF) Runway 2016
Bismillah Assalamua'alaikum love. Baru-baru ini, Numi dan beberapa rakan blogger telah menghadiri Mara In Fashion (MiF) runway yang diadalkan di The Grand Ballroom, Premiere Hotel, Jalan TAR, KL. Untuk maklumat korang MiF di adakan bagi mengetengahkan bakat-bakat pengiat seni fashion muda untuk berkarya serta menzahirkan rekaan atau produk yang mempunyai identiti tersendiri di pasaran tempatan dan antarabangsa, Seramai 20 peserta pereka muda yang telah di pilih, tetapi hanya 17 pereka sahaja yang berjaya ke peringkat akhir dan memperagakan fesyen rekaan mereka sempena program yang dianjurkan. Mari Numi kongsikan antara koleksi yang menarik di MiF: Bagi Numi, fesyen yand diketengahkan oleh para perserta kebanyakkannya berkonsepkan Moden Kontemperori dan ianya sesuai dengan gaya para wanita sekarang yang nak nampak caktik dan anggun. Gabungan warna yang menarik juga memainkan peranan bagi menaikkan lagi busana yang dikenakan. ...