[EVENT] Perlancaran Dettol Gold

4:32 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!

Semenjak dua menjak menjadi isteri ini, perkara yang Numi paling tekankan dalam rumah adalah sabun mandi dan sabun cuci tangan. Yelahkan, I dengan Benn memang suka sangat bela kucing sampai dah nak mencecah 20 ekor ni, jadi tahap kebersihan diri tu memang amat penting bagi I. Kalau bab shower gel, me and my husband memang sangat particular. 

Selalu jenama ape yang korang guna untuk perlindungan seharian? Kalau tanya Numi, of coz lah Dettol. Memang menjadi satu kemestian dalam setiap rumah untuk ada satu sabun Dettol tau. Jadi Numi nak share dengan korang, satu rangkaian terbaru dari jenama Dettol. 

Dianggap sebagai jenama perlindungan kuman yang unggul, Dettol mengukuhkan lagi rangkaian produk inovatifnya dengan Dettol Gold. Dirumuskan untuk memberi 100% lebih perlindungan berbanding cecair mandian antibakteria lain*, rangkaian produk pembersih badan yang baharu ini membersihkan tanpa menanggalkan lembapan semula jadi kulit. Rangkaian ini terdiri daripada cecair mandian, sabun dan pencuci tangan cecair dalam dua varian yang menarik – Classic Clean dan Daily Clean.


Baiklah, semasa perlancaran Dettol Gold ini, Selebriti terkenal tanah air, Scha Al-Yahya juga turut diundang sebagai duta terbaru untuk Dettol Gold dan mewakili ibu-ibu seluruh dunia. Bagi beliau, Dettol menjadi satu kemestian dan sabun mandi wajib kerana ia mampu melindungi anaknya daripada pelbagai penyakit dan masalah. 

Semasa perlancaran itu juga En. Matias Caride, Pengarah Pemasaran RB Malaysia dan Singapura turut memberi ucapan ringkas beliau  "Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Dettol membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak apabila ibu-ibu akan sapukan cecair antiseptik berwarna kuning jingga pada kulit yang melecet dan luka, atau mencampurkannya dengan air untuk membersihkan permukaan, dan menjadikan rumah lebih selamat dan sihat untuk didiami. Dettol merupakan peneraju dalam dunia perlindungan kuman; ia juga adalah Jenama Perlindungan Kuman No. 1 di Malaysia** yang terbukti membunuh bakteria dengan berkesan, menyediakan perlindungan pakar daripada kuman untuk keluarga-keluarga di negara kita. Dengan pelancaran Dettol Gold, rangkaian baharu pembersih badan ini mewakili inovasi terbesar jenama setakat ini". 

Oleh kerana terbukti sebagai agent pelindung terunggul keluarga, Numi dan husband sendiri turut menjadi yang pertama mencuba Dettol Gold. 


Jadi,apa komen Numi ?


'Wangi dan lembut pada kulit, Tidak meninggalkan kesan minyak di kulit. Perlindungan seharian dan membolehkan luka /apa2 stracth dekat badan senang nak sembuh. Sesuai untuk seisi keluarga'

kat mana nak beli?

Dettol Gold boleh di beli di semua kedai2 runcit, pharmacy, pasaraya besar dan semua convenient store. 
Harga permulaan : 250ml (RM8.45), 500ml (RM15.45), 950ml (RM23.95), dan 900ml (RM18.95)

Kepada keluarga yang menggunakan Dettol, kita highfive okey!! terima kasih kerana sudi membaca. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe