[EVENT] Lakme Memperkenalkan Makeup Memukau

10:31 PG

Bismillah

Assalamua'alaikum love.


Semua wanita, tak kira muda atau tua sukakan makeup. Sebab dengan adanya makeup ni, mereka akan rasa lebih konfiden, selesa dan cantik bila berhadapan dengan orang. Kiranya makeup ni sebagai shield, savior dan magic spell untuk mereka menangkap attention orang ramai.


Jadi, hari ini Numi nak share The Sculpt Look : Makeup yang diperlukan sekarang. 
Bunyi macam pelik je kan, tapi sekarang ini, dengan adanya pelbagai jenis jenama makeup di pasaran, Lakme , jenama makeup no. 1 di India hendak semua wanita tampil dengan makeup yang memukau. 
Sedikit info tentang Lakme, ianya satu jenama yang terkenal di India, dan telah mengeluarkan produk makeup sejak tahun 1952. Mengambil berat tentang ketahanan makeup yang mampu tahan sehingga 18 jam, Lakme memang terkenal dalam kalangan makeup artist antarabangsa.

Baiklah, Numi akan share sedikit launching event Lakme yang diadakan di Library Mid Valley, event ini adalah bagi memperkenalkan makeup yang memukau di belakang tirai satu fashion show.


 Okey, perasan tak korang, kenapa model-model runway nampak sangat memukau? bukan sahaja rupa paras yang cantik, tetapi makeup yang memukau.. itulah yang membuatkan model runway menonjol. 

Jadi, semasa majlis Lakme :The Scuplted look ini, kami di ajar 3 makeup artist dengan cara makeup backstage dengan menggunakan produk terbaik dari rangkaian Lakme. Antaranya cara membuat shading muka, bibir yang menawan dan mata yang memukau. 
Demonstrasi foundation dan shading menggunakan moose foundation by Lakme. MUA menggunakan 2 tone warna bagi mendefinisikan wajah.  


Demo untuk mencapai bibir yang mungil dan matte. MUA menggunakan Lakme Absolute Sculpt Lipstick dalam warna merah.  Yang bestnya lisctick ini, ia memberi kesan matte pada bibir, tahan lama dan warna yang ditonjolkan sangat serasi di kulit bibir. 


Terakhir adalahj demo untuk mencapai mata yang memukau. MUA menggunakan Lakme Absolute Kolh dan Lakme Absolute Flutter Secret Dramatic Mascara untuk membuat mata memukau dan tajam. 

Dengan adanya Lakme Signature Sculpt set ini, membina rupa yang memukau semudah ABC. Semua produk boleh didapati di Guardian dengan harga yang amat berpatutan.

Sebarang info boleh lawati Facebook Lakme Malaysia 

Akhir kata dari Numi, tampil memukau untuk lebih keyakinan. 

Salam Sayang

post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe