Raya 2013
Bismillah Assalamua'laikum.. sekarang dah seminggu beraya. baru ada kesempatan nak update semua gambar2 dan cerita2 raya. mari saya mulakan, raya pertama telah pun jatuh pada hari Khamis, pagi khamis tu kami sekeluarga awal pagi dah pergi ke surau Darul Ibadah. semangat yer, sebab buat pertama kalinya bapak jadi imam untuk solat raya dan dia juga yang baca khutbah. :) ramai jemaah lelaki yang hadir, tak kurang jugak dengan jemaah perempuan. masa bapak sedang baca khutbah tu, memang aku dengan mak semangat nak dengar pada mulanya, tapi bila dah 15 minit kemudian, bateri pun dah low. mata pun dah kuyu, dan posisi duduk dah pun mula terhangguk hangguk macam qariah mengaji. aku pandang mak, mak pandang aku. hehehhe. mata dua2 kuyu.usai khutbah, ada majli tahlil dan sedikit jamuan. jam 10.30 pagi macam tu baru kami sekeluarga bergerak ke rumah nenek,tema baju raya untuk hari raya pertama adalah warna Kuning. heheh, meh nak show sikit gambar kami sekeluarga. bukan kami jer yang ...