Menjelang Hari Raya 2013
1:23 PTGBismillah
Assalamua'laikum wbt
Menjelang hari raya, tinggal 4 hari lagi nak hari raya, In Sya Allah. ramai yang tak sabar nak meraikan hari raya. Seperti kebiasaan setiap tahun, keluarga kami akan mengadakan majlis Tahlil untuk arwah Atuk yang telah pergi beberapa tahun yang lepas. dan masa itu yang kami nanti kan untuk bersama-sama berbuka puasa bersama keluarga besar kami. so, tarikh yang telah di pilih adalah hari ni, hari Ahad. aku sekarang berada di rumah nenek. awal kan? heheh, biasalah, takut nenek merajuk lagi. semalam baru saja aku singgah datang kat sini. sempat jugak aku borak ngan nenek, nak tengok persiapan untuk esok nya kan, tengok rumah nenek, banyak yang belum kemas. lepas tu nenek tanya " esok kamu nak datang sini jam berapa?" aku terus jawab "jam 3 petang kali". kira nya kan, jam 3 tu awal dah bagi ku. terus nenek ku jawab balik macam orang merajuk " hamper juak akhir kitak orang nak datang, siapa nak bermasak kat rumah tok? kelak ada tetamu sik makan kelak" bunyi nada suaranya macam orang merajuk. "kinektok, cik kau jarang dah datang ngabas nenek. mun dolok seminggu ada 3 kali nya ngabas. lamak Fatin belajar tok, jarang nya dah ngabas nenek." rajuk nenek berpanjangan. mungkin dia sunyi, anak anak perempuan nya jarang dah nak datang jenguk nya kat sini.
bila di fikirkan balik, mungkin kita nanti akan jadi macam ni jugak. bak kata orang sarawak 'Beraie'.. beraie ngan anak anak nya. mama aku pun sama. kalau aku jauh di semenanjung, kalau sehari tak sah kalau dia tak call setiap pagi, tengahri dan malam. kalau tak, beraie lah nya.
mungkin jugak nenek beraie dengan atuk. kalau dulu, rumah ni memang tak kan sunyi. ade jer suara pak nek yang membebel. ingat lagi dulu, maa kami kecik2 dia ada seekor kucing hitam pekat. yang selalu jadi peneman paknek. kucing kesayangan nya. kami kazen semua memang takut dengan pak nek dan kucing nya. pak nek memang seorang yang garang. mama pun salu cerita jugak. tapi itu lah yang menjadi kan orang lama ni sangat patuh pada orang tua nya. kan?
Jumaat lepas telah di adakan majlis sambutan Khatam Al-Quran di Masjid Darul Ibadah, ramai rupanya peserta tadarus. aku pulak di minta menjadi penyampai saguhati kepada setiap peserta. bapak pulak sibuk bisik kat aku. "rugi tau kau ni tak masuk tadarus. budak-budak dapat duit raya serta hamper" hehehe, memang lah kan, itu yang aku kejar kan dalam bertadarus. aku bukan nya tak nak bertadaru setiap malam, tapi untuk teman kan mama di rumah lebih menjadi keutamaan ku.
normah jenis yang suka terperap di bilik. hanya aku yang selalu dengan mama kehulu dan hilir. aku rindu kan mama. dan 5 bulan tak jumpa dan bulan puasa ni memang aku penuhkan masa aku lebih di rumah. aku masih jugak mengaji, setiap subuh dan selepas Maghrib.
pose jap, heheh |
fokus2.. |
heheh, mungkin nak tengok anak mereka Khatam al-quran. memang adat orang melayu kat sini, dorang akan bawa nasi pulut dan telur sebagai hadiah kepada orang yang mengajar mengaji. mungkin sama kot adat ni kalau di semenanjung.
0 Orang Positif