Sehari sebelum raya.. apa yang biasa di lakukan..
12:45 PTGBismillah
Assalamua'laikum
hari terakhir di bulan Ramadhan pada tahun 2013. hari ambak yer semua. tahun ni Alhamdulillah, aku masih sempat lagi berterawih bersama-sama mama dan bapak. hampir setiap hari. tak pernah miss lansung yer. heheh. syukur. dan puasa tahun ni memang amat bermakna bagi ku. kalau tidak kerana sakit, mungkin aku telah pun berpuasa penuh yer teman teman. hehehe. sebab apa? sebab saya ni special orang nya.
ok, apa yang biasanya kamu biat pada hari terakhir puasa ni? ada orang yang pada saat akhir ni lah sibuk buat kuih, kemas rumah dan balik kampung. macam Encik Khairiey aku tu. heheh. semoga selamat dalam perjalanan balik kampung yer b.
bagi kami sekeluarga pula,pada hari terakhir puasa ni lah kami akan sibuk berpanggang sate di tepi rumah kami. suasana akan meriah dengan adanya adikaku yang turut menemani. dia akan bukak nyering2 lagu. lepas tu kami akan nyanyi, dan bergosip. hehehe. ramai yang kata, susah nak dapat adik beradik perempuan yang rapat kan. ramai je kot, aku dan normah jarang jumpa. sebab aku bukan nya selalu ada di kuching pun, kalau ada, dia pulak yang ke poliku. so, masa yang ada adalah waktu petang jer. pada belah malam si adik ku akan tidur awal. nak elak mata panda. tapi dia tu lah besar mata panda nya. hehehe.
ok, enough about us, so, as usual petang ni kami akan mula berpanggang sate pada jam 3 petang. aku akan mula buat bara. selalunya, jam 4 petang baru bara aku menjadi. heheh, bila time ank ssetting bara ni lah memang sangat mencabar yer. susah kot, aku akan buat beberapa kali, sampai muka jadik merah dan hitam. dengan flu nya lagi. panas nya lagi. bila api dah mula marak, baru aku lega sikit. tapi bila dah sejam lebih, bara masih jugak tak jadi, mama lah yang akan bantu aku buat kan bara.
jam 5 petang, aku akan mula berpanggang, dan ramai orang yang lalu lalang berhenti. beli untuk persiapan juadah raya esok nya. dan ada jugak pakcik2 cina dan india datang membeli untuk makan sendiri. jarang yer, kami buat panggang2 ni. so orang di batu kawah patutnya berasa bertuah kerana boleh membeli sate fresh dari dapur kami. hehehhe.. hanya setahun 3 kali jer tawaran kami ni.
ok, usaii berpanggang sate, mungkin pada jam 10 malam, aku, mama dan normah akan mula mengisi biskut biskut raya dalam balang biskut. tahun ni, kami banyak buat sendiri yer biskut2 nya. kalau di semenanjung, dorang akan panggil kuih raya. kalau kat sini, biskut raya, kuih raya selalunya untuk kek-kek raya, kalau kat sini, kami kebanyakkan nya kek lapis menjadi pilihan. mama sendiri telah pun buat 4 jenis kuih raya. kek lapis india adalah kek fav dia untuk setiap kali raya. kek yang kaya dengan coklet cadbury. huuuuuuuuu,, sedap woooo.. boleh mengakibatkan kencing manis yer anak-anak sekalian.
ok, untuk tahun ni, bapak awal awal lagi telah pun beli 2 kotak air botol. satu kotak air cola dan satu kotak air f&n campur2, dan 4 botol air 100plus. semalam lagi, jiran cina kami bagi satu rek air cola dan sebungkus kek lapis. Alhamdulillah, murah rezeki kami tahun ni. betul jugak kata mama, bila bersedekah, semakin banyak rezeki datang kat kita.
barusan tadi, aku baru balik dari klinik. nak ambik keputusan darah aku. mujur tiada yang serius. doc hanya kata kandungan kolestrol aku tinggi sedikit berbanding biasa. doc kata, aku kena ada diet seimbang, kena exercise dan pergi swimming. hurmmm, nak buat benda semua ni dalam tengah mood nak berhari raya ni, amat lah payah yer doc. kata ku dalam hati jer. hehehe. dengan rendang, kari, kurma, ketupat, sate! kuih muih, biskut raya, air gas! macam mana nak resist semua benda ni doc.. ? cube doc cakap kat saya.. adoinaa.. lepas tu doc kata aku kena buat checkup lagi pada tahun depan. heheh, in Sya Allah doc. kalau saya ingat. hehehe. k lah, aku ada misi sekarang ni. nak bercerita dengan nenek tentang aku dengan Encik Khairiey. aku harapkan keluarga nya akan terima aku seadanya, seperti keluargaku menerima nya..
0 Orang Positif