Raya 2013
11:24 PGBismillah
Assalamua'laikum..
sekarang dah seminggu beraya. baru ada kesempatan nak update semua gambar2 dan cerita2 raya.
mari saya mulakan, raya pertama telah pun jatuh pada hari Khamis, pagi khamis tu kami sekeluarga awal pagi dah pergi ke surau Darul Ibadah. semangat yer, sebab buat pertama kalinya bapak jadi imam untuk solat raya dan dia juga yang baca khutbah. :) ramai jemaah lelaki yang hadir, tak kurang jugak dengan jemaah perempuan. masa bapak sedang baca khutbah tu, memang aku dengan mak semangat nak dengar pada mulanya, tapi bila dah 15 minit kemudian, bateri pun dah low. mata pun dah kuyu, dan posisi duduk dah pun mula terhangguk hangguk macam qariah mengaji. aku pandang mak, mak pandang aku. hehehhe. mata dua2 kuyu.usai khutbah, ada majli tahlil dan sedikit jamuan.
jam 10.30 pagi macam tu baru kami sekeluarga bergerak ke rumah nenek,tema baju raya untuk hari raya pertama adalah warna Kuning. heheh, meh nak show sikit gambar kami sekeluarga.
bukan kami jer yang berbaju kuning yer, makcik numi "mok " pun sama, seperti biasa tradisi keluarga kami akan bersalaman beramai-ramai. mohon ampun dan maaf sesama keluarga. tahun ni memang meriah, dengan kehadiran banyak cucu menantu baru. hehe, dan banyak jugak baby baru.
hidangan yang di sediakan di rumah nenek memang special. Mee Kolok goreng dengan sup tulang. perghhhhh.. bapak aku memang banyak kali jugak tambah. lain kan? orang selalunya akan menghidangkan rendang, kari, kurma. tapi kat rumah nenek sama ada dia nak hidang mee kolok atau spegetti. heheh.
sesi bersalaman kami akan mula bila hampir semua ahli keluarga kami hadir. jam 11.30 pagi baru ramai yang datang. berbaris yer kami kalau nak bersalaman dengan mak2 dan pakcik2 ni. nasib bek rumah nenek besar, dapat lahjugak buat sampai 2 round salam. sampai jemu pulak nak bersalam kan. hahahah.
angkatan kak Tini sekelurga dan kazen aku yang cantik. Deknor memang amat di nantikan. sebabnya, tak lengkap kalau kami tak bergambar bersama. dan seperti biasa jugak, aku akan call dorang tanya kan bila nak sampai rumah nenek ni, dah nak tengahhari dah ni. belom jugak sampai, tak kan lah jauh sangat kot kampung cemerlang dengan rumah nenek.
bila dah bertemu, suasana bertambah bingit yer. dengan riuh nya aku, bising nya deknor, dan banyak jugak cerita dari kak tini. hehehe.. jap2 nak show sikit gambar yang sempat kamera comel aku ni amek.
me with deknor, riuh di pagi raya.. |
suasana pagi raya dengan makcik2 dan kazen2ku |
saya dengan kakak susuan ku. nodi. |
seusai beraya di rumah nenek, kami balik ke rumah. adik beradik tiri aku pulak gi nyerang rumah kami. hampir tenggelam ok rumah kami di serang adik beradik ku. tambah dengan cucu2 bapak yang bertambah. yang terbaru adalah Ameera. anak abang jo. heheh. bapak kata meera ni macam aku masa kecik dulu. comel, suka posing bergambar, tak takut kat orang. memang pun kan. comel jer budak kecik tu..
itu yang duduk terkangkang tu meera. blkg dia, mak nya. |
gamatnya suasana hari raya rumah ku.. |
ok fellas, memandangkan masa amat mencemburui aku menaip ni, aku kena bergegas ke Buntal, cari ikan untuk di bawa balik ke KL nt. nanti akan tulis lagi yer, assalamua'kum..
0 Orang Positif