Produk review : Chriszen Match Matte Serum Foundation
Bismillah dan Assalamua'alaikum semua! Wah lama giler rasanya tak bercakap tentang makeup kan dalam blog Numi ni. Duk cerita pasal makan je. heheh. Jadi untuk harini, Numi nak share dengan korang produk baharu daripada Chriszen , iaitu Chriszen Match Matte Serum Foundation. Produk baharu yang mempunyai gabungan serum + foundation. So sambil cantik dan merawat kulit sekali. Jom kita mulai review FD ni : Packaging & Pilihan Warna Bagi Numi, Botol FD kaca ni memang comel je. Plus dia menggunakan pump untuk mengeluarkan produk tu memang sangat membantu dan menyenangkan. Botol kaca yang transparent juga sangat bagus, sebab kita boleh tengok warna FD yang sebenar. Pilihan warna juga banyak, sesuai untuk warna kulit Asia. Warna Natural Ivory untuk mereka yang kulit cerah dan cool undertones. Light Beige pula utnuk warna kulit yang cerah with neutral undertones, Nude Beige pula untuk kulit medium with neutral undertines dan Natural Beige ...