Raya Rasa Sayang bersama California Raisins

8:50 PG


Bismillah dan assalamua'alaikum semua!


Harini Numi nak share pengalaman Numi masuk pertandingan Bloggers Cooking Challenge with California Raisins edisi Raya Rasa Sayang. Ini merupakan kali kedua Numi menyertai contest bermasak bersama California Raisins ni tau.  

Haa, untuk tahun ni, kami diberi pilihan untuk membuat menu masakan hari raya samada menu lauk utama ataupun pencuci mulut.Haaa, of course lakami pilih untuk buat menu utama iaitu Nasi Briyani Ayam. Bersaam Syafiera dan Iuzira, kami pun buat preparation untuk bermasak. 

Setiap seorang diberi tugasan untuk menyediakan bahan-bahan dan alhamdulillah my teammates semua ok dan sporting belaka. 


Kami diberi masa satu jam untuk menyiapkan menu utama kami. Masa bermasak tu, Numi tawakkal je, sebab ini first time Numi masak Nasi Briyani menggunakan beras Moghul Basmathi yang panjang-panjang tu. Rupa-rupanya, beras Basmathi ni kan kite tak boleh rendam dia lama-lama tau. if not, dia jadi lembik dan mudah patah apabila dah masak nanti. 



Dah hampir 5 minit nak tamat masa bermasak, Syafiera dan Iuzira pula buat plating. Kami menggunakan nenas untuk pinggan kami. Isi Nenas tu kami blender untuk dijadikan air nenas berkismis. sedap gila. Tanpa tambah sebarang gula, air nenas tu dah semula jadi manis dengan adanya kismis California Raisins tu. 

Dah siap plating, masa untuk judging pulak. Masa ni Numi dah nervouse gila. Kene explain our creation dihadapan juri-juri semua. ada empat juri kesemuanya tapi yang bestnya tak ade komen lansung. Juri just makan dan bagi markah sahaja. 



Seusai judging kami berkumpul di hall untuk melihat dema masakan dari Chef Lily. Menu yang chef Lily kongsikan adalah Nasi Briyani ayam dan Sosej daging bersama kismis. Dua-dua sedap! Numi suka cara chef Lily buat nasi briyani tu, warna warni tau. Macam tu lah baru nasi Briyani kan, pewarna yang digunakan juga adalah pewarna daripada bahan semulajadi, iaitu dari Beetroot dan Safron. 


Sekitar jam 1.30 petang, kami dihidangkan makan tengahhari daripada pelajar dari Berjaya Time Square University. Menu utama kami adalah nasi minyak dan ayam masak merah kismis. Sedap giler! Kalau boleh nak tambah nasi dan ayam tu. heheh. dan sepanjang masa lunch tu, majlis penyampaian hadiah dilancarkan. Pemenang utama untuk contest kalini dimenangi oleh kumpulan Aliza Sara dan Miriam. Tahniah babe! Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Kak Ruby dan kak Ayu Rafikah dengan menu nasi kuning dan Ayam masak kicap masam manis pedas yang sodappp gila! Dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Sally, Kak Eyza dan Kak Jueliza, yang buat menu Sate daging bersama nasi. Serious sedap giler! 



Kami? tak menang pun. Tapi still kami bersyukur sebab dipilih untuk join contest ni bersama-sama. Yang penting kerjasama antara ahli kumpulan dan pengalaman yang kami dapat tu amatlah bernilai. 

ok itu sahaja untuk entry kalini. Salam Sayang dan selamat berpuasa. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe