Produk review : Chriszen Match Matte Serum Foundation

1:18 PTG

Bismillah dan Assalamua'alaikum semua!
Wah lama giler rasanya tak bercakap tentang makeup kan dalam blog Numi ni. Duk cerita pasal makan je. heheh. 



Jadi untuk harini, Numi nak share dengan korang produk baharu daripada Chriszen , iaitu Chriszen Match Matte Serum Foundation. Produk baharu yang mempunyai gabungan serum + foundation. So sambil cantik dan merawat kulit sekali. 

Jom kita mulai review FD ni :


 Packaging & Pilihan Warna


Bagi Numi, Botol FD kaca ni memang comel je. Plus dia menggunakan pump untuk mengeluarkan produk tu memang sangat membantu dan menyenangkan. Botol kaca yang transparent juga sangat bagus, sebab kita boleh tengok warna FD yang sebenar. 

Pilihan warna juga banyak, sesuai untuk warna kulit Asia. Warna Natural Ivory untuk mereka yang kulit cerah dan cool undertones. Light Beige pula utnuk warna kulit yang cerah with neutral undertones, Nude Beige pula untuk kulit medium with neutral undertines dan Natural Beige medium skin with warm undertones dan lastly Rich honey untuk kulit gelap asia. 

Texture Foundation ni ok. Dia tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. OK lah, untuk apply dekat wajah pun biasa Numi akan pump dalam 1 setengah pump dah boleh ratakan FD di seluruh wajah. Dan yang bestnya FD ni sangat buildable. Korang boleh apply sampai tiga layer tau untuk  bagi makesure muka korang full coverage gitu. 


Kebaikkan FD ni : 

Selain dapat bagi kita full coverage, ia juga membantu untuk memutihkan kulit, anti-aging, memberi hidrasi kepada kulit plus anti-oksidan juga, 

Harga : 

Harga retail Fd ni RM56.90 (WM), RM65.90 (EM) 
Harga normal untuk FD yang ada serum la Tak mahal sangat kan. 

Durable/Ketahanan :

Numi sangat memilih ye untuk pakai FD, sebab Numi punya kulit ni memang sangat kering dan ada part dia berminyak. So i need a FD yang boleh tahan lama. Sadly, FD ni just tahan dalam 5 jam pertama je. Seba if you like me, berpeluh bawah hidung tu, memang FD susah nak tahan lama. Tapi untuk 5 jam pertam atu Fd i memang snatch baby! heheh. 

Star: For this FD I bagi 4/5  star. not bad lah untuk serum foundation. I will continue using it and for event yang 5 jam je, I kemungkinan akan pakai lah ea. heheh. 

Jom lihat my review video : 


Berminat untuk buat produk review bersama Naomie : 
Email to me : naomieclumsy@gmail.com
Tittle : Produk review for .....(your brand)
We will further discuss there. :)

Thank you for your time reading. until next time. 
Assalamua'alaikum

Disclaimer : 
Produk ini diberikan kepada Numi untuk tujuan review. Semua point yang I bagi sini adalah daripada pendapat I sendiri. Apa yang I rasa dan feel itu yang I tulis. 




post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe