Review : Safi Youth Gold Serum dan Cleanser

8:15 PG

Bismillah dan assalamua'laikum semua. 


Selamat kembali ke blog Numi. Blog ni I akan aktifkan kemballi dengan review produk kecantikkan dan tentang kehidupan. Mungkin ada yang baca, Alhamdulillah. Jadi untuk harini, Numi nak sharekan kepada you guys about Safi Youth Gold anti-aging and lifting range. 


Numi baru-baru ini dibekalkan produk baharu daripada Safi , iaitu Safi Youth Gold yang sangat power untuk anti penuan dan mampu menganjalkan kulit wajah (efek lifting). 





Jom kita kenali dahulu produk SAFI Youth Gold ini : 

1) Lifting Golden C Duo Serum - RM59.00


Packaging : Serum ini didatangkan didalam botol kaca dan dropper. Produk senang untuk diambil.
Cara penggunan : Sapu di serata wajah dan di bawah dagu untuk memberi kesan  anjal yang ketara. 
Sapu semasa penggunaan skincare routine. 

2) Lifting 24K Serum Cleanser - RM19.80




Packaging: Didatangkan khas didalam botol dan pump. 
Cara penggunaan: cuci wajah menggunakan pencuci muka seperti biasa. Buat urutan disekitar leher dan dagu bagi kesan maksimum. 

Fungsi dan kesan awal : 
sebelum penggunaan

Selepas 15 minit penggunaan

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur. 
2. Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit. 
3. Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus.
4. Diformulasikan dengan Teknologi HGolden C-Lift , kombinasi  Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari vitamin C biasa. 
5. Formulasi tidak berminyak / Melekit dan ia mudah meresap dan selesa pada kulit. 
6. Diperkaya dengan Duo-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi 7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit :  

Menegangkan kulit

Meningkatkan keanjalan 

Mengurangkan garis halus dan kedutan

Melindungi kulit dari pengoksidaan

meningkatkan kelembapan kehalusan kulit

Memperbaiki kulit rosak.

My Review:


Selepas seminggu penggunaan Safi Youth Gold Serum dan serum cleanser, Numi nampak perbezaan ketara adalah the visibility double chin Numi. Selepas sekali penggunaan pun sudah nampak perbezaan. Dagu berlapik nampak sedikit berkurangan selepas 15 minit penggunaan dan eye puff atau mata bengkak atau penat juga kelihatan bermaya selepas sekali penggunaan. Selepas 15 minit , Numi nampak lebih muda dari usia. 

Efek yang sangat ketara dan Numi harapkan ianya berterusan. Selain itu,  the cons is jerawat halus kelihatan tumbuh disekitar bawah pipi Numi. Mungkin sebab sebelum ini Numi pakai produk yang anti-jerawat. Oleh itu, Numi gabungkan penggunaan agar jerawat tidak tumbuh secara berterusan dan double chin boleh hilang. 

Selain daripada itu, wajah nampak lebih tirus, anjal dan runcing sedikit. Mungkin selepas sebulan penggunaan mungkin akan nampak lebih banyak kesan. Overall, tiada kesan buruk ketara selain jerawat halus sahaja.

Kepada kalian yang mempunyai masalah double chin yang ketara, Numi sangat galakkan korang pakai Safi Youth Gold series ini, agar masalah double chin ketara itu boleh dikurangkan. Tambahan pula, dengan harganya yang berpatutan , sangat berbaloi untuk dimiliki. 

Segera dapatkan produk Safi Youth Gold sekarang!

Produk Safi Youth Gold ini boleh didapati di semua cawangan farmasi, Guardian, Aeon Wellness dan Caring, serta laman e-dagang rasmi Winpro Unza di Shopee dan Lazada





post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe