Baju raya Plus size daripada Adryssa Ateliar X Serina Redzwan
7:39 PTGBismillah dan Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik bulan Ramadan dah nak sampai dah. Tinggal 30 hari lebih lagi untuk kita akan berpuasa. Yang paling Numi tak sabar nanti bila dah menjelang bulan puasa ialah persiapan raya! lebih-lebih lagi persiapan baju raya. Siapa excited, kita geng ok!
Haaa, dalam teruja tu, Numi nak share sedikit dekat korang dengan baju raya ekslusif daripada Adryssa Ateliar yang berkolaborasi bersama Sarina Redzwan untuk menghasilkan baju raya Plus Size. Jadi you alls yang plus size sama macam Numi boleh ada pilihan baju yang cantik dan ekslusif untuk hari lebaran nanti. Oleh kerana Numi dah tengok design yang ada haritu masa fesyen show, jadi Numi akan share ye design yang ada tu. kot-kot ada yang berkenan. hehe
Antara design yang dihasilkan :
1. Sakura Fall Collection
Harga RM199-RM439. Rekaan ini diilhamkan dari bunga Sakura. memang nampak comel je tau bila sipemakai pakai baju kurung moden Sakura Falls ni.Diilhamkan dari bunga Sakura yang cantik dan comel. |
Design baju kurung moden dan disertakan dengan leher Cheongsam. |
2. Andalusia.
Harga dari RM439-RM599. Design ini diilhamkan dengan beads yang berasaskan corak aritfak yang ditemui di Andalusia. Cantik betul design ni, Numi memang berkenan betul dengan jahitan beading yang kemas dan batuan yang berkualiti tinggi. disamping potongan baju kurung moden bagi bayang kurus tu. hehe. Itu penting tau.3.Warisan
Harga RM439. baju kurung pesak ini dinamakan Dang Anum. hadir dalam warna-warna yang terang, sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan dipagi raya.4. Azalea & Eridalea.
Harga dari RM439-599. Design ini dihasilkan dengan menggunakan beads yang berkualiti tinggi dan digabungkan dengan jahitan sulam bunga yang menarik.5. Adryssa Luxe
Harga Dari RM1200. Ini adalah design yang paling ekslusif kerana rata-rata baju yang dihasilkan full beading dan ada yang full feather. hahaa memang sesuai untuk you alls yang Founder-founder produk tu. memang mengancam! Adryssa Luxe juga boleh disewa dengan harga yang sangat berpatutan.Sedikit info tentang design dari Adryssa Ateliar ni, setiap design dihasilkan dari size S hinggalah ke 4XL dan setiap size hanya ada 4 pasang sahaja tau. So memang sangat limited sangat size nya. Tapi you alls jangan risau, design yang sold out akan dibuat lagi mengikut tempahan. Tempahan akan diproses selama 3 hari untuk yang readymade.
Disamping itu, Adryssa Ateliar juga menerima tempahan baju raya yang custom , bagi pelanggan yang ingin membuat baju raya design sendiri. Untuk tempahan custom-made, ia mengambil masa selama 3 minggu mengikut design baju dan manik. Setiap tempahan boleh dibuat di Instagram (click sini ) atau datang di Butik mereka by appoinment tau.
Alamat Butik : C-05-13, Colonial Loft, Empire City Jalan Pju 8/8 Damansara Perdana
Whatsapp : 0192861708
***Bonus***
Design Andalusia ini memang sangat cantik. Special features nya adalah ropol di bahagian tangan baju tu yang menampakkan keanggunan sipemakai. hehe. Harga pun lebih murah tau. RM199 sahaja dan hadir dalam 7 warna lagi. haaaa, siapa berminat boleh lah buat tempahan sekarang. Boleh kita sedondon raya ni kan.
Salam sayang,
Naomie
0 Orang Positif