Fernleaf UHT 100% Susu dari New Zealand
8:26 PTG
Bismillah dan assalamuaalaikum semua.
Bagi wanita, perkara yang paling digeruni adalah kehilangan
gigi dan juga rambut. Ini adalah dua benda yang jika hilang akan menyebabkan
seseorang itu hilang konfiden terhadap diri sendiri bila berhadapan dengan pasangan.
Oleh itu, pengambilan susu yang konsisten setiap hari amat penting untuk
membila tulang yang kuat, gigi serta rambut yang juga kuat. Susu yang Numi
sarankan untuk kalian semua adalah susu Fernleaf UHT. Ia bukan sahaja untuk
para wanita, tapi boleh dinikmati seisi keluarga.
Numi sejak dari kecil memang minum susu tepung Fernleaf.
Mama memang titikberatkan kesihatan kiteorg berdua. Jadi setiap kali balik
rumah je memang susu Fernleaf yang dia bancuh sebelum tidur. Itu zaman
kanak-kanak la. Hehe. Dewasa ini, Fernleaf telahpun mengeluarkan susu kotak UHT
yang didatangkan dalam tiga perisa, Full Cream , Low Fat dan Chocolate.
Info menarik yang Numi nak kongsikan kepada you alls semua
adalah:
Sumber susu Fernleaf adalah daripada lembu-lembu ternakan daripada
Switzeland. Mereka ini bebas berkeliaran di lading yang luas serta meragut
rumput dipadang rumput yang subur. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai
sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan
digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain
seperti protein yang berkualiti tinggi serta vitamin A dan vitamin D.
Apa yang menariknya, tidak semua lembu diberi makan rumput tau.
Tapi bukan di New Zealand, mereka kaya dengan tanah yang subur, kadar hujan
yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan ia salah satu tepat
pembiakan dan ternakan lembu terbaik didunia. Dengan adanya iklim yang selesa
ini, maka tak hairanlah susu Fernleaf adalah susu yang berkualiti tinggi serta sedap tanpa memerlukan sebarang bentuk
penggalak susu.
Untuk pengetahuan semua, Fernleaf merupakan pakar tenusu
yang telah mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman alam perladangan. Maka tak
hairanlah susu keluaran Fernleaf antara susu kegemaran rakyat Malaysia.
Dimana nak dapatkan susu Fernleaf ni?
Okey, you alls boleh dapatkan susu kotak Fernleaf UHT di
seluruh Malaysia dimana-mana pasaraya dan kedai runcit berhampiran. Boleh didapati dalam
kotak 1 liter dan 200 ml pack.
Lepas dah beli susu tu, ape kata snap pic korang bersama-sama susu Fernleaf UHT di laman media sosial dengan disertakan #fernleafuht #100mmmmm (5 M tau). Macam yang Numi buat ni tau. heheh.
Untuk info lebih lanjut sila ke laman Facebook Fernleaf Malaysia untuk promosi baharu. Itu sahaja dari Numi kali ni. Ingat! Susu penting untuk seisi keluarga.
Salam sayang.
0 Orang Positif