Tempat Berbuka Puasa Makanan Thai di Thai Streat
10:07 PTG
Bismillah dan assalamua’alaikum semua.
Pejam celik pejam celik, dah tinggal seminggu lagi tau untuk
umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, kita masih lagi diberikan peluang untuk
berpuasa di bulan Ramadhan ini. Haaa, bercakap tentang bulan puasa, topic yang
paling hot adalah, tempat berbuka puasa.
Jom ikut Numi ke food review di Thai Streat yang terletak di
Jaya One ni. Haaaa, pasti korang nak ajak keluarga dan rakan-rakan berbuka
puasa kan nanti, jadi apa kata untuk jimatkan poket korang dan bawa mereka
berbuka di Thai Streat ni. Apa yang best di sini? Jom ikuti Numi.
Thai Streat atau dalam bahasa Melayu nya Jalan Thai
menghidangkan lebih dari enam puluh jenis lauk pauk di buffet mereka. Dan
mereka menfokuskan makanan Tradisional Thai dan Asli kerana kebanyakkan masakan
ini disediakan oleh orang Thai.
Jom lihat beberapa jenis hidangan yang mampu mengiurkan
tekak anda nanti.. Tapi seriously guys,, Numi tak berapa ingat nama-nama lauk ni tau.. Sebab terlalu banyak nama makanan Thai yang nak kena hafal. huahaha..
Untuk pemanis mulut pulak, mereka menghidangkan beberapa kuih muih tradisional. antara yang Numi kenal adalah Buah Melaka,Agar-agar kelapa dan Pulut Mangga. Kalau orang Melayu, buah melaka nya berwarna hijau bukan, tapi orang Thai pelbagaikan warna seperti Purple, crea dan hijau.. Nampak lebih ceria kan. hehe
Untuk yang bergoreng, pasti lagi sedap bila dihidang semasa panas-panas. Tengok pun dah sedap kan. hahaha.. apa tunggu lagi, jom makan sosej, bebola ikan, atau sate daging. Perghh layan..
Haaa! Nampak sahaja pun macam sedap kan? Belum lagi korang rasa. Hehe, Numi siap ambik dua pinggan ye dengan lauk-lauk ni. Itu pun tak semua yang Numi dapat makan, sebab perut kecik je kan. Hehehe.. Tapi jangan risau, selagi makanan tak habis, korang boleh makan lauk di buffet tu sampai jam 10 malam. Tapi Numi nasihatkan, habis-habis makan tu korang gerak lah ke surau untuk solat Maghrib, Isyak dan Tarawih ye. Yolah, bulan Ramadhan kan.. pastikan solat terawih jangan tinggal sebab makan.. ishk3…
\\
Seronok bila berbuka beramai-ramai nanti.. Jadi untuk pre-ramadhan food review ni, Numi kongsikan gambar bersama-sama rakan blogger yang dah lama tak berjumpa..
Okey berbalik dengan Thai Streat tu, terletak si kawasan luar Jaya One, di ground floor. Korang masuk je simpang t uterus nampak restoren Thai Streat. Kawasan yang strategic dan korang jangan risau tentang parking, memang banyak ye.
Ruang makan di Thai Streat sangat luas dan mampu memuatkan enam puluh orang dalam satu-satu masa. Memang luas lah! Nak makan kawasan dalam boleh, luar pun boleh. Customer friendly sangat tau.
Cuma satu je yang Numi harap mereka boleh ubah adalah masa penghidangan untuk buffet Ramadhan nanti. Orang Malaysia ni gemar kalau masakan tu dihidangkan PANAS-PANAS, kecuali Benn la. Haha. Jadi apa kata masa menghidangkan lauk pauk tu pastikan mereka letak lilin di bawah warmer agar lauk sentiasa panas. Baru lah best makan..! untuk masakan bergoreng pulak, goreng lah depan-depan pelanggan dan biar mereka berebut untuk ambik masa berbuka nanti. Hahaha..
Cuma satu je yang Numi harap mereka boleh ubah adalah masa
penghidangan untuk buffet Ramadhan nanti. Orang Malaysia ni gemar kalau masakan
tu dihidangkan PANAS-PANAS, kecuali Benn la. Haha. Jadi apa kata masa menghidangkan
lauk pauk tu pastikan mereka letak lilin di bawah warmer agar lauk sentiasa
panas. Baru lah best makan..! untuk masakan bergoreng pulak, goreng lah
depan-depan pelanggan dan biar mereka berebut untuk ambik masa berbuka nanti.
Hahaha..
Okey, cukup lah bagi pendapat, Numi beralih pulak dengan
harga buffet ramadhan ini,
Untuk dewasa: RM49.90
Kanak-kanak RM15.90
Sebarang tempahan hendaklah dibuat tiga hari awal bagi
penyediaan tempat.
Okey, itu sahaja untuk review Thai Streat Numi kali ini.
Numi harap korang dah boleh mula pilih tempat berbuka puasa nanti.
Salam sayang,
Naomie
0 Orang Positif