Blogger Cooking Challenge daripada California Raisins
6:00 PTG
Bismillah
Assalamua'alaikum semua.
Minggu lepas, Numi dan geng blogger yang lain masuk pertandingan bermasak tau. haha.. siapa kata blogger ni tak reti masak. hehe. Jangan pandang kami sebelah mata je tau.. ingat kami menaip je. korang tak tahu, ada dalam kalangan FULL TIME BLOGGER ni terrer giler memasak. boleh masuk MKR dah tau. heheh
Siapa ingat lagi, Numi tahun lepas pernah masuk pertandingan bermasak bersama-sama Ayue Idris dalam Blogger Cooking Challenge dibawakan khas oleh California Raisin. Haaaa, kalau tak ingat, pergi ke video ini okey..
Jadi tahun ini, California Raisin menganjurkan lagi pertandingan Blogger Cooking Challange ini bertemakan Raya Manis. Tapi kali ini, kami dikenakan untuk team up sehingga empat orang peserta untuk satu kumpulan. Untuk melengkapkan ahli kumpulan kami, kami jemput Blogger Eyzamiel dan Blogger Sally Samsaiman.
Haa, memang ngamlah kan. Kami memang sekepala, dulu pergi travel pun sekali. jadi chemistry tu memang tak dinafikan. Sampaikan Chef Rohani pun hairan, macam mana korang boleh kenal dan berapa lama dah kenal dan macam-macam jugak soalan chef tu. hehe. Yang penting, Chemistry dan team work antara kami yang buat chef tertarik dengan kumpulan kami. hehe..
Seperti tahun-tahun sebelumnya, menu yang kami kena buat mestilah bertemakan Kismis dalam rangkaian California Raisin. Tahun lepas Numi dan Ayue buat biskut Twinster. Biskut bertemakan kismis. Untuk tahun ni pulak, kami berikan kelaian sedikit. Dengan tema Raya Manis, menu yang kami pertaruhkan adalah Churros Raisins.
Nanti Numi share resipe Churros Raisins ni di entry lain ya. Untuk entry kali ini Numi nak bercerita tentang pertandingan yang sangat sengit antara lima kumpulan ni je. hehe. Mana tak nya, kami adalah satu-satunya kumpulan semua Melayu yang masuk pertandingan ini. Dan, melihat creation dari kumpulan lain, rasa tergugat tu memang ada ye..
Mana tak nya siap air dari hirisan kismis, patung ayam, nasi kismin dan pencuci mulut berasaskan kismis. Fuh! memang terbaik saingan kami kali ni tau. Tapi kami tekad dan teruskan masakan kami Churros Raisins ni. hehe. Nak lihat hasil masakan kami?
Churros Raisin Peacock. |
Dan, untuk kali keduanya, kami menang tempat kedua untuk Blogger Cooking Challenge ni tau. Wahhh! Alhamdulillah sangat2. Numi memang jangkakan kami akan menang. tapi bukan tempat ke dua la. Mungkin tempat ke tiga. heheh. Tapi bila diumumkan menang tempat ke-dua rasa macam tak sangkanya masin betul mulut aku ni. heheheh.
okey, ucapan terima kasih kepada California Raisins atas anjuran Bloggers Cooking Challenge ini, Terima kasih jugak buat Puan Ayue Idris dan rakan-rakan blogger yang lain. Sally dan Kak Eyza.. Korang memang sempoi. Terima kasih jugak buat suami yang mendoakan isterinya.. ok itu sahaja kot nak ucap terima kasih.. Harap lepas ni dapatlah buat biskut kismis pulak kan.. hehe.
Korang jangan lupa dapatkan Kismis keluaran California Raisins di pasaran. Sebab apa? Seba Raya lebih Manis dengan adanya California Raisins.
Salam Sayang,
Naomie
0 Orang Positif