Ayam Bakar London Di Damansara Damai

10:29 PG

Bismillah & Assalamualaikum semua!
Ayam bakar. Kalau sebut je ayam bakar, yang kita ingat Ayam Bakar BBQ malam New Year atau di Bazaar Ramadhan. Betul tak? Kalau nak makan ayam bakar yang betul-betul sedap dan menepati cita rasa tu memang payah sangat. huhu, Bukan apa, masing-masing punya deria lain. 

Haaa! Bagi yang nak Ayam Bakar, Jom ke Damansara Damai. Ada satu gerai Ayam Bakar London. 

Lokasi : Berdepan Apartment Permai. Kalau dari Shell tu,
 terus sampai simpang Apartment Permai.
Damansara Damai 

Waktu operasi : 3 petang-8 malam 

(kami mungkin akan berpindah ke lokasi lain untuk kedai tetap, tapi buat sementara ini kami akan berada di sini dahulu. Sebarang perubahan lokasi akan diberitahu nanti) 
Harga : RM6.00 untuk satu bahagian Ayam Bakar London. 
Menu : 


Di usahakan oleh Benn dan dibantu oleh Numi sendiri sebagai Marketing Manager. Chewah.. Kiranya ini business kami berdua bersama. Kalau sebelum ini, Numi lebih aktif keluar ke event untuk blogging job, sekarang Numi akan lebih fokus untuk bekerja. Kalau event yang berbaloi pergi, Insya Allah Numi akan masih pergi dan jangan risau, setiap produk yang dihantar untuk direview akan Numi tulis nanti. 

Bagaimana terhasilnya Ayam Bakar London?

Al-kisahnya, kami laki bini tak tahu nak buat apa sementara nak dapatkan job untuk cctv. Jadi untuk mengisi masa lapang tu, Benn ajak berniaga, dan rolling duit yang ada. Numi, apa lagi. memang suka berniaga dan memang minat makan ayam. Jadi, disitulah mulanya idea untuk kami berniaga ayam bakar. Walaupun pada mulanya kami nak berniaga ayam goreng RM1.00 tu. Tapi, bila dah survey dekat belah depan tu, banyak sangat orang dah jual ayam goreng. terus tak sampai hati nak berniaga ayam goreng lagi. Lepas tu, kami decide nak buat ayam bakar di spot yang sama dulu kami beli ayam bakar di Damansara Damai ni. 

Haaa, kalau orang yang dah lama duduk sini, memang tahu dekat Damansara Damai ni ada beberapa kedai ayam bakar di tepi jalan. Tapi semuanya tak bertahan. Mungkin orang yang jual tu dah balik kampung kot. huhu, Allahualam . Jadi sekarang, kepada akak-akak , abang-abang, adik-adik yang nak makan ayam bakar London ini, jom beli dari kami.  


 Kelebihan Ayam Bakar London: 


-Tiada MSG 
-Tiada Gula Putih dan garam berlebihan
-Dibakar On the Spot
- Dua Flavor yang SEDAP: 
 BBQ & Black Paper

 Yang bestnya Menu yang ada untuk Ayam Bakar London ini, kami buat sendiri dan tiada penambah rasa yang merbahaya ditambah. So, jangan risau makan banyak mana pun Ayam Bakar London tak kan kene stroke atau darah tinggi. 



Perkhidmatan Delivery : 

Bagi Surirumah/Warga orang tua yang tak mampu untuk ke gerai kami, 
kami menyediakan perkhidmatan Delivery ye. Terus ke rumah anda. 
Minimum pembelian hendaklah  DUA BAHAGIAN AYAM. 
Untuk tempahan Delivery, sila Whatsapp ke: 0109600726
Kami akan hantar ke perumahan di kawasan Damansara Damai sahaja. 
haa, itu jelah kot untuk entry kali ini, Numi akan update apa-apa berkenaan promosi untuk Ayam Bakar London di Facebook. Sila like  & Follow : 
Facebook : Ayam Bakar London
Instagram : Ayam Bakar London
Haa, jangan lupa, INGAT AYAM BAKAR, INGAT AYAM BAKAR LONDON
salam sayang
post signature

You Might Also Like

4 Orang Positif

  1. Kena cuba nie.. Merecik nengoknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cube2.. heheh.. Datang mai ke gerai kitaa.. Dekat Damansara Damai.

      Padam
  2. warghh!! sedapnya! tapi sayang jauh..

    bila nak bukak cawangan dekat melaka? hehehhe..

    www.ceritaejoy.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu yg dekat KL maju banyak, I bukak dekat melaka pulak yer.. TQ Ceritajoy.com terjah blog kita..

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe