Konvoi Kembara Felcra bersama Media
11:42 PGKonvoi Kembara Felcra bersama Media
Bismillah & Assalamua’alaikum
Kepada pengikut Numi di akaun
Instagram, mesti korang dah perasan beberapa post Instagram Numi di Lumut,
Perak pada minggu lepas. Haa, untuk yang tak follow Numi tu, meh Numi cerita
sedikit aktiviti Numi sepanjang berada di Lumut, Perak haritu ea..
Numi dan beberapa rakan
blogger yang lain telah dijemput untuk menyertai Konvoi Kembara Felcra bersama
Media bersempena Ulangtahun Felcra ke 50 Tahun Jubli Emas. Konvoi ini bermula
di Kuala Lumpur dan terus ke Lumut Perak bagi meraikan Perlancaran 50 tahun
Felcra di Perkampungan Felcra Lekir, Perak. Konvoi ini disertai oleh lima puluh
buah kereta yang yang terdiri daripada rakan-rakan media dan bloggers terkenal
di Malaysia. Antara yang turut serta dalam konvoi ini adalah, TV3, TV
Al-Hijrah, dan Sinar Harian. Rakan-rakan blogger terkenal yang turut serta
adalah; Halim Brothers, Ayue Idris, Misz Ella, Neyra dan banyak lagi. Kepada
yang tak tahu, ini adalah konvoi pertama Numi tau. Agak teruja dengan Konvoi
kali ini dan ditemani oleh my bff, Ayue Idris. Kiranya ini adalah Mini Gateaway
ke-2 Numi dan Ayue la! hehe
Perjalanan ke Felcra Lekir,
Lumut ini mengambil masa lima jam. Almaklumlah, berkonvoikan. Tapi yang
bestnya, kami diiringi marshal Motosikal berkuasa tinggi yang amat cekap. Kalau
ikutkan kami, Waze sahajalah penemannya. Kami tiba di Felcra Lekir pada pukul
tiga petang, dan disambut dengan sangat meriah oleh orang-orang Felcra. Siap
ada Khemah yang dihias cantik tau! Hebat orang Felcra ini. Kami dijamu dengan
pelbagai buah-buahan tempatan dan dihidangkan dengan makanan ala-ala kampong
yang sangat menyelerakan. Bukan itu sahaja, setiah ahli media diberi Ole-ole
tiga kilo ikan bilis! Banyak gilaa..!
Di Felcra Lekir, kami diberi
pengenalan serba sedikit bagaimana Felcra membangunkan kawasan Felcra Lekir
ini. Sepanjang 50 tahun penduduk bersama-sama Felcra, banyak pembaharuan yang
telahpun dicapai. Antaranya pembinaan rumah yang teratur, Masjid yang besar,
Pam Minyak, kedai-kedai serbaneka, dan Sekolah. Bukan itu sahaja, terdapat
pembangunan perumahan untuk Generasi kedua pun ada. Ini Numi akan kupas lagi
nanti yer.
Apa yang boleh Numi
rangkumkan adalah, Felcra banyak membantu penduduk kampong Felcra Lekir untuk
terus berjaya dan berwawasan. Misi utama mereka adalah untuk mempunyai
anak-anak yang graduasi dari Universiti dan memperoleh pekerjaan yang
membanggakan ibu bapa.
Habis sahaja ucapan dari
wakil penduduk, para media dijemput untuk menjelajahi kampong Felcra Lekir
dengan Trektor Berhias. Pengalaman menaikki trektor ini hanya dapat dirasai
kalau kita berada di kampong yer. Kalau dekat KL takdenya nak naik trektor
bagai. Kawasan kampong ini sungguh aman, teratur dan cantik. Tambahan dengan
adanya kemudahan asa seperti stesen minyak, koperasi, perpustakaan dan Pusat IT
ini menambahkan lagi nilai-nilai keharmonian dalam sesebuah kampong.
Usai menjelajah kampong,
pastinya ada gambar kenangan bersama-sama warga kampong Felcra.
Seterusnya, kami ke Swiss
Garden Damai Laut Resort untuk check-in dan berehat. Tapi Numi dan Ayue tak
mahu lepaskan peluang untuk berjalan di pantai sambil melihat matahari
terbenam. Ya Allah, cantik sungguh suasana di pantai Damai Laut ini. Kalau
datang dengan pasangan mesti romantic gila weh! Jom lihat beberapa gambar comel
Numi dan Ayue disini.
Selepas puas berjalan
dipersisir pantai, kami terus balik kebilik untuk mandi dan berehat sebelum ke
Makan Malam Bersama Dato Bung Mohtar di Grand Ball Room. Majlis makan malam ini
adalah bagi meraikan para media yang datang ke Lumut sambil-sambil bernetworking
antara satu dengan lain. Kami duduk di meja hadapan dan bersama dengan dua
orang ahli media dari Karangkraf. Encik hafiz dan Encik Fauzi. Ramah betul
orangnya.
Majlis ini tersangatlah
sempoinya tau. Pakaian rasmi pada malam itu adalah baju t-shirt merah. Tapi
Numi dengan Ayue bantai pakai baju dress cantik. Ahahahha. Kiranya, kami antara
yang paling menyerlah la malam tu. Haha. Aktiviti makan malam itu diserikan
dengan pertandingan Kareoke dan cabutan bertuah. Dan Lucky Charm Numi &
Ayue ini sentiasa menjadi . Di meja kami sahaja, 2 orang telah menang hadiah
cabutan bertuah! Nak tahu siapa pemenangnya?
Numi dan Hafiz! Hahahah.
Syukur2. Numi menang Coffee maker, Hafiz menang Slow Cooker.
Tapi yang paling bertuah menang
cabutan bertuah pada malam itu adalah akak dari Media Prima yang Menang TV LCD
42 inc dan Blogger terkenal, Rafzan Tomomi yang menang Juara Kareoke &
Cabutan Bertuah! Memang bertuah lah budak ni.
Diakhir majlis makan malam
itu, kami diberi lagi saguhati kami kain sutera daripada Jakel. Tidur malam tu
memang senyum je lah sampai pagi. Heheh
Pada jam 6.30 pagi, para
media telahpun memulankan perjalanan ke Persimpangan Perak untuk lawatan ke Felcra Plantation Service dan bendang padi. Ini pertama kali Numi ke kilang padi dan rasa ingin
tahu itu kuat. Kalau sebelum ini, masa belajar di Universiti dulu Numi banyak
masuk ke kilang Kelapa Sawit dan Petronas sahaja. Tapi kali ini, para media
diajak untuk masuk ke bendang dan lihat bagaimana racun serangga ditabur
menggunakan ELA COPTER.
Apa ELA Copter ni?
Ia merupakan sejenis
helicopter kecil yang mampu untuk terbang sekitar empat jam. Fungsi utama ELA
copter adalah menyembur racun serangga di kawasan bendang dengan sekali
semburan. Ia mampu terbang minima serendah 2 meter dari tanah dan semburan
tepat pada sawah padi. Agak mengkagumkan juga tau. Kiranya Felcra menggunakan
peralatan yang canggih bagi penanaman padi ini sehinggalah pemprocessan padi ke
beras. Semuanya menggunakan mesin yang berkualiti tinggi.
Selesai demo Ela Copter itu,
Numi terpaksa balik ke kereta untuk temankan Ayue. Dia demam haritu, dan memang
dah tak larat dah nak jalan masuk bendang. Tapi, dari jauh Numi lihat
rakan-rakan blogger yang lain sudahpun masuk ke bendang. Walawey, bermain
dengan lumpur tuuu. Tapi mereka menaiki jentera padi yang mampu untuk menanam
padi dengan cepatnya. Numi dengan Ayue hanya mampu lihat dari jauh jer.
Usai ke bendang, kami terus
gerak ke lokasi seterusnya iaitu lawatan ke Dataran Koperasi Peserta-peserta
Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd. Disini, kami disambut meriah oleh
ahli-ahli Felcra dan staff-staff koperasi. Sedikit sebanyak tentang Koperasi
Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd ini, objektif utama adalah untuk Menyatukan
dan Menggabungkan Elemen-elemen Social dan Ekonomi yang dimiliki oleh
peserta-peserta Felcra untuk mencapai matlamat pembangunan secara global dari
segi fizikal dan spiritual.
Catatan 30 tahun Koperasi ini
bermula dengan anggota seramai 315 orang dan mempunyai sham sebanyak
RM35,000.00. mereka bermula dengan perniagaan kedai runcit, dan terus
berkembangkan perniagaan dalam bidang kontraktor secara kecil-kecilan dan membangunkan
Mini Filing Station Jenama Esso. Pada tahun 2002, keahlian bertambah dan kini
anggota sebanyak 1832 orang dan Saham terkumpul adalah sebanyak RM4 juta.
Selesai taklimat, kami dijamu lagi dengan makanan traditional orang Perak.
Untuk pengetahuan, koperasi ini telahpun banyak
memenangi anugerah dan yang terbaru adalah Anugerah Koperasi Terbaik KKLW 2014
& 2015 yang dianugerahkan pada 16 Mei 2016 oleh YBHG. Dato’ Azizan Bin
Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah.
Dari pemerhatian Numi,
Koperasi Seberang Perak Bdh ini menag sangat membangun dan terancang. Memang
wajar jika mereka dipilih sebagai pemenang anugerah koperasi pada setiap tahun.
Seterusnya, kami ke Perumahan
Generasi Kedua, dimana kami dibawa ke kawasan pembinaan rumah untuk anak-anak
Felcra. Untuk pengetahuan semua, rumah yang dibina untuk Generasi kedua ini
sangat luas dan harga jauh lebih rendah daripada kawasan lain. Harga rumah
adalah sekita RM60 ribu ke RM100 ribu dan pembeli boleh memilih jenis-jenis
rumah yang disukai. Fasa satu sudahpun siap dan dibuka untuk jualan, dan Fasa 2
bakal siap pada awal 2017. Syarat pembelian rumah ini adalah mereka harusnya
anak kepada peserta Felcra, memiliki gaji bulanan tidak melebihi RM4 ribu, dan
ini adalah rumah pertama mereka.
Kami sangat teruja melihat
setiap satu rumah contoh ini, kerana keluasan rumah ini sangat besar! Kalau di
KL tak dapat rumah sebesar ini dengan harga RM100 ribu tau. Tapi, orang KL yang
ingin membeli rumah disini boleh. Dengan syarat kena berkahwin dengan anak
peserta Felcra dan duduk menetap disitu. Heheh.. Selamat mencuba!
Selesai melawat rumah-rumah
contoh, kami pekena Ais Krim Malaysia sebatang. Heheh
Lokasi terakhir kami sebelum
bersurai adalah di Dataran Dewan Seberang Perak untuk majlis makan tengahhari.
Kami disambut sangat meriah bagaikan raja! Siap ada kompang lagi tau.. Sangat
terharu dengan layanan orang-orang Felcra ini. Makan pun di meja VVIP dan
makanan memang first Class! Kami dijamu dengan pelbagai lauk yang menyelerakan,
antaranya Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Masak Lemak, Ayam Panggang Percik,
Ikan bakar, Ulam-ulaman, Ikan Masin goreng, dan banyak lagi. Numi dah lupa
sebab tak ambik semua lauk tu kan.. Kami juga diserikan dengan persembahan
tarian daripada anak-anak peserta Felcra yang belajar di Kolej Awam dan
persembahan badut.
Sebelum bertolak balik ke
Kuala Lumpur, kami diberi lagi cenderahati berupa hamper makanan daripada CEO
Felcra sebagai tanda penghargaan kepada pihak media.
Rangkuman keseluruhan
pengalaman Numi sepanjang Kembara Felcra bersama media ini adalah;
Felcra sangat membantu
ekonomi peserta-peserta kampong ini dengan member mereka peluang bekerja dan
juga mengembangkan socio-ekonomi mereka. Dengan adanya bantuan daripada Felcra,
para peserta yang dahulunya tidak mempunyai apa-apa, sekarang sudahpun mampu
bangga dengan hasil usaha mereka bercucuk tanam bersama Felcra dahulu. Oleh
itu, tanah dan kawasan di Perak haruslah dikekalkan sebagai kawasan pertanian
agar penduduk boleh maju terus kehadapan dan sentiasa mendapat hasil dari
tanaman mereka. Numi harap kerajaan akan kekalkan tapak pertanian di Perak dan
dapat menyokong mereka untuk sentiasa maju.
Sampai disini sahaja
perkongsian pengalaman sepanjang berada di Perak.Banyak kenangan manis Numi dan Ayue sepanjang kembara ini. Numi harap dimasa akan
datang, Numi berpeluang lagi menyertai Kembara Media ke negeri lain. Amiin..
Numi sampai di KL sekitar jam
6 petang dan balik dengan tangan penuh. Senyum lebar sepanjang jalan. Terima kasih HaiBlogger! dan Felcra untuk anjuran Kembara kali ini,.
Assalamua’laikum
0 Orang Positif