Jalan-jalan ke A-look Eyewear Cawangan Alamanda Putrajaya
2:29 PG
Bismillah & Assalamua'alaikum semua!
Semalam Numi dengan Hubby ke Alamanda Putrajaya untuk datang ke A-look Eyewear Alamanda. Korang tau tak A-look Eyewear tu apa? Alaaa, kedai cermin mata tuuu.. heheh.. Takpe2, meh Numi cerita sedikit sebanyak tentang A-look eyewear ni ea.
Kalau korang nak cari cermin mata, sinilah tempatnya.. Daripada jenama antarabangsa, sehingga jenama dari Korea semuanya ada.. haha, Nak jadi K-pop pun boleh lepas ni tau.
Cawangan A-look Eyewear di Alamanda Putrajaya baru sahaja dibuka. Sebelum ini, kedai cermin mata ni memang ada, tetapi sekarang mereka menggabungkan Owl dan A-look menjadi satu. Kiranya sekarang A-look menjual cermin mata jenama Owl dan juga cermin mata antarabangsa.
Nak tengok koleksi OWL?
Kalau korang nak cari cermin mata ala-ala Korea, jenama OWL ni lah yang menjadi pilihan. Jom lihat dekat bawah ni. Kot-kot ada yang berkenan.
I pinjam muka laki i dulu jadi model spect OWL ye. hhheheehe.
Jadi Harry Porter pulak dah. ahahah |
Bagi yang berminat dengan Cermin Mata Fesyen, jenama OWL pun ada tau! Tambahan pula, reka bentuk cermin mata fesyen OWL ni memang sangat2 UNIK & MENARIK.
Hubby pun turut mengusya jenama-jenama spect yang ada di A-look Eyewear ni tau. Yelah, banyak jenama-jenama RARE yang jarang kami jumpa dekat kedai spect biasa tau. Antaranya jenama Polaroid dan Superdry.
Antara koleksi antarabangsa yang ada di A-look Eyewear adalah RayBan, Gucci, Bulvari, Tiffany & Co. & Oakle, Rudy Design, Prada dan banyak lagi.
Kepada korang yang nak matchingkan Bag Gucci dengan Cermin Mata Gucci, korang boleh dapatkan di A-look Eyewear tau. Sebabnya, koleksi terkini yang dikeluarkan daripada jenama itu akan pergi ke A-look Eyewear dahulu sebelum ke Mall2 besar.
Yang bestnya dapat 30% diskaun pulak tu!
Jenama Bulgary. Cermin mata Fesyen ini laris macam pisang goreng tau! Rekaan unit dengan palet bunga yang cantik. |
Cermin mata Oakley Edisi Lin Dan. Pemain Badminton China. Beli ini akan dapat 5 bintang dan Signature Lin Dan |
Jenama Oakley ini banyak mengeluarkan special edition punya cermin mata tau. Ini salah satunya. Prism Road |
Antara koleksi Oakley yang Unik : Jungle edition |
Keistimewaa Oakley adalah,, bingkai cermin mata ini boleh ditukar-tukar. Kalau korang rasa bosan dengan warna merah boleh je bertukar ke bingkai hitam. haaa, special kan? |
Jenama Tiffany & Co. pun ada disini. Butiran Batu Swarwoski diikat ditepi rangkai cermin mata, mengikut kehendak pelanggan. |
Ray. Ban Original pun ada. Sekarang tengah promotion 30% Diskaun tau. |
Akhir sekali , gambar selfie kami disepanjang berada di A-look Eyewear. Numi sempat mencuba beberapa cermin mata fashion sepanjang lawatan Numi ke cawangan A-look Eyewear Alamanda ni. Dan dah aim beberapa cermin mata fashion untuk beli.
antara koleksi cermin mata fesyen OWL yang Numi berkenan. amacam? Okey tak? Range Harga dari RM199-299
how do i look? |
yes or no? |
Cermin mata Bulgari. Nak pakai kene letak dekat luar tudung. Baru nampak Bingkai Ekslusif tu. |
PROMOTION!!!!
Sempena dengan pembukaan cawangan A-look Eyewear Alamanda Putrajaya, pembeli boleh berjimat dengan pembelian cermin mata. Bukan sikit-sikit jimat tau, jimat 50%. haaaa! mana nak dapat. Jadi jangan lepaskan peluang ni tau. Kalau nak buat atau tukar cermin mata baru tu, ini lah masanya.
Akhir sekali, Numi dan suami memang bersyukur sangat sebab masih lagi dikurniakan mata yang elok. Kepada mereka yang ada masalah mata tu, Numi sarankan korang ke kedai cermin mata dan jumpa dengan pakar mata untuk tahu masalah mata korang. Di A-look Eyewear, juru jual dia akan melayan korang sehingga korang jumpa cermin mata yang paling CUN untuk korang tau. Jangan risau, harga dijamin terbaik.
Lepasni kena jaga mata elok-elok. semoga kami bebas spect sampai tua. Amiin,
Untuk info lanjut tentang I-look Eyewear, sila layari :
Semoga entry ini bermanfaat.
Salam sayang
1 Orang Positif
Sekarang style spekmata bulat pulak ya
BalasPadam