Dominos Pizza Memperkenalkan The Fabulous Four
4:37 PTG
Bismillah & Assalamua’alaikum Semua..
Kepada peminat pizza, pasti semuanya pernah makan di Dominos Pizza kan?
Dominos Pizza
merupakan pizza kegemaran Numi dan akan menjadi pilihan pertama bila en somi
kita nak tawar makan Pizza. Hehehe.. Baru-baru ini, Dominos Pizza telahpun
mengeluarkan produk makanan baharu mereka yang diberi nama Fabulous Four. Wah!
Dengar nama pun dah teruja. Belum lagi korang rasa apa dalamnya tau!
Haaaaaaaaaa, dah tak sabar nak tahu apa Fabulous Four tu? Jom baca entry ini
sampai habis okey ;)
Fabulous Four
adalah gabungan empat menu hidangan side order yang digabungkan didalam satu
kotak. Selepas menikmati pizza, maka tak lengkap rasanya dengan hidangan side
order. Didalam Fabulous Four, terdapat empat menu hidangan side order iaitu :
The Roasted Chicken Drummets,
Best-selling bread; Domino’s Mozzarella Stix, Hidangan kegemaran ramai;
Garlic Onion Rings, dan hidangan yang meningkat naik; Domino’s Mini Cinnadots.
Menggabungkan keistimewaan didalam setiap hidangan menjadikan Faboulous Four.
Pada hari food
review di Domino Pizza minggu lepas, Numi dan hubby datang bersama-sama
beberapa lagi rakan blogger yang lain, dan juga Food Blogger terkenal : MahaMahu. Rasa teruja nak makan pizza disamping bersama orang yang tersayang ni lain
macam tau. Numi nak sangat Benn rasa makan Domino Pizza ini beramai-ramai.
Selalunya Numi je yang makan pizza,
hubby tak minat sangat. Tapi bila dapat peluang makan beramai-ramai ni rasa
terujanya melebihi paras kepala. Hahah. Walaupun lokasi food review kami ni
agak jauh. Demi pizza, aku sanggup datang tau.
Antara pizza
yang dihidangkan kepada kami adalah Sambal Spicy ; kegemaran semua orang ,
Classified Chicken ; My favourite!, Tropical Sambal Prawn, Flaming Tuna dan
banyak lagi. Size pizza pun besar-besar semuanya… Kaki-kaki pizza memang akan
puaslah makan pizza bila mana hamper kesemua hidangan pizza dibagi. Fabulous
Four juga dihidangkan kepada kami, sebagai pelengkap hidangan.
Didalam empat
pilihan Fabulos Four tu, yang menjadi kegemaran Numi adalah The Roasted Chicken
Drummets dan Domino’s Mozzarella Sticx. Rasa ayam roasted yang juicy dan empuk
dan Mozzarella Stickx yang padat dengan cheese. Dua-dua ni kena makan time
panas-panas tau. Kalau dah sejuk, nanti lemau. Fabulous Four ini sesuai dimakan
selapas menikmati pizza atau semasa menikmati pizza kerama didalamnya lengkap
dengan hidangan sebagai pemanis mulut dan hidangan antara menikmati pizza.
Okey, cuba
korang teka harga untuk satu kotak Fabulous Four ni? Rm40? Rm30? Haaaaa, untuk
masa yang terhad ini, harga Fabulous Four ini hanya RM19.90 sahaja. Korang
boleh dapatkan di semua cawangan Domino Pizza seluruh Malaysia.
Numi balik
dengan hati yang riang dan perut yang kenyang. Terima kasih Domino Pizza atas
jemputan kali ini. Numi harap lepas ini akan dapat jemputan dari Domino Pizza
lagi yer.
Untuk maklumat
lanjut, sila layari : www.dominos.com.my
0 Orang Positif