Pengalaman Royale Cleopatra Facial
2:01 PTG
Bismillah
Assalamua’alaikum semua!
Wajah yang cantik memang idaman setiap wanita. Ianya
merupakan asset yang amat penting bagi wanita kerana wajah yang anggun dan
menawan mampu membuat wanita tampil berkeyakinan dan berani. Bagi sesetengah
wanita, masalah kulit wajah yang kusam, gemuk dan berjerawat adalah satu
masalah BESAR yang mampu menggugat kredibiliti wanita tersebut. Termasuklah
juga Numi. Apabila kulit wajah Numi Nampak kusam dan dagu Numi nampak sangat
tebal, mulalah Numi risau. Mana taknya, selepas Hari Raya haritu, makan tak
berhenti. Maka mulalah muka nampak gemuk, bulat dan tak glowing. Oleh itu, Numi
mengambil keputusan untuk mencari alternative lain untuk memperbaikki sturktur
kulit wajah, agar kembali cantik. Maka bermulalah pencarian Facial Numi di
Google…. Dalam jutaan facial yang Numi jumpa, Numi tertarik dengan Royale Cleopatra
Facial daripada Slimming Sanctuary. Nak tahu pengalaman Numi sepanjang
menjalani Royale Cleopatra Facial, jom baca lagi.
Hari appointment Numi di Slimming Sanctuary ialah hari
Isnin. Excited punya pasal, Numi datang awal ye. Jam 10.30 pagi dan terpacak
depan kedai dorang. Hahah. Numi book slot belah pagi di Slimming Sanctuary The Gardens.
Sesampai je di sana, Numi disambut dengan mesranya oleh Penyambut Tetamu
mereka, dan dihidangkan teh halia. Selesai minum dan sesi register, Numi dibawa
ke bilik menunggu sementara bilik
treatment disediakan. Selepas itu, Numi dibawa ke bilik VIP untuk salin
pakaian. Almaklumlah, Numi pakai baju kurung haritu. Eh! Walaupun hanya buat
facial, tetap juga kena salin pakaian tau. Taknaklah baju ronyok nantikannn!!
Oh! Bercakap tentang bilik VIP tu, BESAR, SELESA DAN RASA MACAM RATU SEHARI tau…
heheh. Siap ada bathtub lagi.. Kalau nak mandi berendam pun boleh.
Minum Teh Halia Dulu. |
Bilik VIP yang sangat besar dan luas. |
Okey, cukuplah bercakap tentang bilik VIP, Numi sambung
tentang Royale Cleopatra Facial pulak. Mesti Korang dah boleh imaginekan
bagaimana rupanya. Tapi imaginasi korang tu salah! Sebab apa, facial treatment
ini bukan hanya menggunakan Gold Mask, tetapi banyak lagi step sebelum meletak
Gold Mask tu ke wajah tau.. Nak tahu, sila sambung baca lagi….
Sebelum Numi memulakan cerita tentang langkah-langkah facial
treatment Royale Cleopatra Facial, Senior Trainer yang bertanggungjawab untuk
menjalanakan treatment ini ialah si cantik Miss Jessy. Miss Jessy sangat ramah
dan beliau bercerita setiap langkah didalam facial treatment ini dengan sangat
detail. Kalau tak, memang tak delah Numi nak cerita ni kan.. Untuk Royale
Cleopatra Facial, terdapat DUA PULUH (20) Langkah tau! Tempoh facial adalah
selama satu jam lima puluh minit.
Treatment dimulakan dengan
1. Anti Stress Scalp Massage.
Sebagai permulaan, anti stress
Scalp Massage ini adalah untuk menghilangkan segala beban yang ada di bahu,
kepala dan badan. Urutan ringan disertakan dengan minyak aromatheraphy
menenangkan Numi. Bila hati dah tenang, baru boleh mulakan facial!
2. Remove makeup
Bagi mereka yang datang dengan Makeup tebal macam Numi ni, langkah
ini sangat penting. Ini adalah untuk membuang makeup bagi memudahkan sesi
facial.
3. Double Cleanse
Langkah ini adalah untuk
memastikan kulit wajah betul-betul bersih sebelum sesi facial dimulakan. Bila
kulit wajah dan bersih, barulah Miss Jessy tahu apa masalah kulit Numi yang
sebenarnya.
4. Skin Analysis
Haaa, bila kulit wajah bebas
daripada makeup, maka nampkalah segala cela-cela, jerawat, lemak tepu dan
segalanyalah. Bila wajah sudahpun di analisa, beautician akan tahu dimana yang
patut diutamakan..
5.Exfoliation
Exfoliation bermaksud
pengelupasan. Untuk step ini, Miss Jessy akan membuang segala sel-sel kulit
mati diwajah dengan menggunakan krim gel yang mampu membuang segala sel-sel
kulit mati. Gel yang sejuk ini sangat baik untuk kulit. Haaa!, jangan ingat
bila pengelupasan je kulit akan rasa panas dan terbakar.
6.Cold or Hot Steam
Selepas membuang segala sel-sel
kulit mati, wap sejuk/panas digunakan untuk membesarkan pores wajah bagi
memudahkan pengeluaran black and white heads.
7. Light Extraction / Brow Trimming
Bila pores wajah dah pun
terbuka, maka sesi membuang black and white heads pun senang. Bagi korang yang
tak ada masalah ini, korang boleh tukar kepada brow trimming/ atur bulu kening.
Boleh pilih okey girls.
8. Optional : High Frequency
(On Pimple Area)
Langkah seterusnya adalah
optional ye. Bagi korang yang ada masalah jerawat batu, kaedah High Frequency
ini akan membantu mematikan jerawat dengan laser. Bagi yang tiada masalah
jerawat, langkah ini boleh diskip.
9.Lymphatic Drainage Face
Massage
Miss Jessy membuat urutan Lymphatic Drainage Massage. |
Langkah seterusnya adalah SWISS Lymphatic Drainage Face Technique, dimana teknok ini hanya terdapat di Slimming Sanctuary sahaja. Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan sega;a toksin dan lebihan air didalam badan. Menggunakan Essence Khas untuk urutan ini,
ianya lebih menfokuskan node-node lymphatic di wajah bagi menaikkan wajah agar
nampak V-shape dan memutihkan kulit. Numi sangat teruja bila Miss Jessy membuat urutan ini diwajah,
kerana wajah Numi seakan ditarik-tarik keatas dan membuatkan double chin Numi
kurang!
10. Pure Oxygen Infusion machine with HA Serum+
HA Serum + dan O2 Machine |
Selepas
itu, bagi memastikan kulit anjal , HA Serum + (non-invasive medical grade serum) disapu di kulit wajah dengan
bantuan Pure Oxygen yang dimasukkan terus di wajah Numi. Miss Jessy menggunakan
Mesin Khas untuk langkah ini bagi memasukkan Oxygen terus kedasar kulit wajah.
11. Relaxing Shoulder Massage
Selepas memasukkan HA Serum +
kedasar kulit, Numi diberi Urutan bahu sementara menunggu HA Serum itu larut
masuk. Ahhh! Urutan yang sedap membuai-buai minda yang tengah kacau..
12. Sapuan HA Serum+kali ke-2
HA
Serum+ disapu untuk kali kedua sebelum Royale Cleopatra Mask diletakkan
diwajah.
13. Apply Royale Cleopatra Mask
Sapuan Royale Cleopatra Facial Mask keatas kulit wajah. |
HA Serum+, Miss Jessy terus
menyapu Royal Cleopatra Mask ke wajah Numi. Dimulakan di belah mata, dahi,
hidung dan diikuti pipi dan dagu. Sapuan Royal Cleopatra Mask ini sangat sejuk
dan tebal. Masa ni, Numi tak boleh bercakap, ataupun senyum tau. Memang betul-betul
buat wajah static. Heheh.. Kalau rasa nak bersin tu, bersabarlah ye..
14. Point Massage on mask
Pada 10 minit pertama, Miss
Jessie membuat point Massage keatas mask. Miss Jessy menekan point-point
diwajah bagi memastikan nutrient serap terus kedalam kulit.
15. Lymphatic Drainage Scalp Massage
Seterusnya, urutan Lymphatic
Drainage keatas kulit kepala. Miss Jessy mencari node-node Lymphatic di kulit
kepala dan buat urutan secara membulat. Lega sangat! 3 hari tanpa migrane.
16,17,18,19 (Skin Care, Apply HA Serum+, Moisturizing & Sun Block)
Selepas 15 minit, Miss Jessy membuka Royale Cleopatra Mask dari
kulit wajah Numi. Buka je mask, Kulit rasa sangat lembap dan anjal. Numi boleh
rasa Kulit Numi lain selepas applikasi Royale Cleopatra Mask tu tau! Sebelum
balik, Miss Jessy sempat menyapu Skin Care, HA Serum+, Krim Pelembap dan Sun
Block keatas kulit wajah. Barulah nampak kulit wajah bersinar!
20. Good Bye Touch
Tak lengkap rasanya kalau tak diakhiri dengan urutan bahu
yang sedap.. Tangan Miss Jessy memang TERBAIK! Overall Numi rasa sangat
sangat berpuas hati dengan Royale
Cleopatra Facial daripada Slimming Sanctuary. Sesi yang mengambil masa selama 2
jam ini sangat memberi kesan yang BAGUS keatas kulit wajah Numi.
Haaa! Nak tahu kesan nya selepas tiga hari? Baca entri
seterusnya..
0 Orang Positif