Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Review & Dream Beautiful Contest

2:50 PTG

Bismillah and Assalamua'alaikum semua!
 Numi baru-baru ini berkolaborasi dengan Mary Kay Malaysia untuk membuat satu review : Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick. Nak tahu lebih lanjut, jom baca sampai habis ye. 
Dengan adanya ledakan Matte lipstick di dalam industri kosmetik sekarang, Mary Kay turut bersama mengeluarkan rangkaian lipstick baharu mereka dengan teknologi 'Advance "Cuchion Matric Technology" yang mampu membuat warna lipstick tahan lebih lama di bibir. Ini nanti Numi akan kupas lebih lanjut. 
****
 
Selamat tinggal bibir kering dan selamat datang bibir mungil dan segar. Kini, setiap wanita yang inginkan bibir tampak Matte tetapi masih lagi mengekalkan kelembapan bibir kini menjadi kenyataan. Dengan adanya Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick, kini bibir tidak lagi kering dan mengelupas akibat lipstick matte. Jom ikuti pengalaman Numi mencuba Gel Semi-Matte Lipstick ini. Mesti ada yang perasankan gambar-gambar ini. heeheee... 

Formula Gel yang mengagumkan

Formula Gel yang ringan dan licin memudahkan aplikasi lipstik dibibir. Meninggalkan kesan lembut dan padat dibibir. Bukan itu sahaja, Numi juga boleh kawal warna lipstick samada Numi nak warna dia menjadi lebih pekat atau warna light sahaja.  

The Semi-Matte Finish
Dengan adanya 'Advance "Cuchion Matric Technology" yang menggunakan silica microspehere untuk menahan warna dipermukaan bibir agar warna lipstick sentiasa tahan dibibir tanpa perlu aplikasi seterusnya. Tambahan pula, bahan yang digunakan didalam formula ini iaitu : Sunflower oil dan jojoba ester yang boleh merawat bibir agar kekal lembap dan memberi bauan yang segar. Bukan itu sahaja warna lipstick ini mampu tahan selama 24 jam tau! Hebat.. 

The Bold Colors
Bagi pilihan warna lipstick, Mary Kay memilih warna-warna modern dan sleek bagi kesesuaian setiap wanita modern. Jom kita lihat warna-warna yang ada. 

Bashful You, Rich Truffle, Mauve Moment, Powerful Pink, Always Apricot, Poppy Please, Crushed Berry, Midnigh Red



Antara lapan warna modern ini, Numi diberi peluang untuk mencuba empat daripada lapan warna ini tau. haaaa, Nak tahu? tengok dekat bawah ni. 


Swatches in one stroke : Midnight Red, Powerful Pink, Poppy Please, Rich Truffle

Bagi Numi , empat warna ini mempunya mood dan personaliti dia sendiri tau. Ini antara pendapat Numi tentang kesesuai warna mengikut umur, kerjaya dan personaliti.

Midnight Red : Untuk Wanita bekerjaya. Lady Bos perlu pakai warna merah gelap dari MaryKay ini kerana ia akan menjadikan wajah anda nampak fokus dan serious. Tapi, janganlah serious sangat yer, nanti takut pulak orang nak dekat. hehe


 Poppy Please : Untuk Suri Rumah dan wanita bergaya. Bagi Numi warna merah memang tidak akan lupus didunia. Warna yang menjadi All Time Favourite bagi suri rumah yang nak tampil bergaya. Pastinya suami sentiasa gembira melihat bibir merah dan mungil anda.. Cubalaaa..
 Powerful Pink : Untuk Gadis Remaja yang trendy. Kepada gadis diluar sana, warna pink ini mampu menceriakan hari-hari anda. Warna pink yang terang dan sangat menarik perhatian ini pasti menjadi pilihan ramai. 

Rich Truffle : Wanita yang sleek dan modern. Bagi wanita modern dan sukakan warna Nude, ini lah pilihan warna yang sesuai. Warna Nude yang tidak terlalu gelap dan cair ini mampu blend didalam setiap makeup anda. :) 



Special features : 

  • Packaging yang Sleek, Simple dan modern. Nampak sangat exclusive disamping bahagian atas penutup lipstick yang transparent untuk memudahkan anda memilih warna tanpa membuka penutup lipstick. 
  • Formula Gel Semi-Matte Lipstick yang memberi effek matte dibibir disamping memberi kelembapan. 
  • Dengan kualiti yang sangat mengagumkan dan harga yang berpatutan (RM55.00 Satu), Lipstick Mary Kay ini memang menjadi pilihan setiap wanita. 


Overall Numi sangat SUKA dengan Gel Semi-matte Lipstick daripada Mary Kay ini. Warna-warna yang diberi memang sangat sesuai dengan citarasa Numi dan kini Numi boleh mengubah mood personaliti Numi mengikut warna bibir. Selain itu, warna ini mampu tahan sehingga 24 jam, tanpa pudar. itu kalau Numi tak buat apa-apa (makan, minum dan etc) la. Yang penting, lipstick ini sangat melembapkan bibir. Sekarang dah tak perlu risau dengan bibir kering dan merekah akibat matte lipstick lagi.
Akhir sekali, harga yang sangat berpatutan dengan kualitinya. Bagi yang berminat untuk membeli Gel Semi-Matte Lipstick ini, boleh hubungi mana-mana Mary Kay Beauty Consultant atau hubungi 03-7711 7500 atau boleh lawati www.marykay.com.my untuk maklumat lanjut.

Oh tak lupa, Numi sempat buat satu video review Mary Kay Gel Semi-matte Lipstick ini, Kalau korang free, bolehlah lihat video tu eah.. Numi dalam process belajar membuat video sekarang ni, jadi tolong faham ye dengan kualiti video yang tak seberapa ini. hehehe. apa-apa pun Numi akan improvekan lagi kualiti video pada masa akan datang. 



5 /5 BINTANG!
GREAT!!!
****

MARY KAY DREAM BEAUTIFUL CONTEST

Nak menang full-sponsored trip ke Hong Kong? Dan menjadi salah satu The New Face Of Beauty? Haaaa, inilah peluang anda... Semua wanita inginkan kecantikkan dan impikannya. Dengan adanya Dream Beautiful Contest ini, wanita bukan hanya mampu mengimpikan, tetapi boleh juga memilikinya. Inilah masanya untuk anda bersinar dan berada di spotlight. Jom sertai pertandingan Dream Beautiful ini dan ana mungkin berpeluang menjadi salah seorang Finalis yang layak untuk ke Hong Kong nanti. Tampil dengan konfiden dan jalan dengan yakin! 

WANITA KINI MAMPU MILIKI APA PUN DENGAN ADANYA KECANTIKKAN DISISINYA. 

Contest bermula pada 1 Julai 2016 sehingga March 2017. Untuk penyertaan, sila hubungi Independent Beauty Consultant harini dan dapatkan FREE Makeover. 
Untuk maklumat lanjut berkenaan contest ini , sila layari : www.mkdreambeautiful.com
   
Selamat Mencuba & Terima Kasih.
Salam sayang,
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe