Sesi Temu Ramah Media bersama Finalis Curvette 2016

12:10 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua! 

Numi harini nak bercakap tentang fitness untuk wanita. Haaa! kita ni sebagai wanita, kalau nak pergi gym je mesti ada kekangan bukan. Yelah, seperti yang kita sedia maklum biasanya yang mendominasikan gym adalah kaum Adam. Kaum Hawa lebih-lebih lagi yang Muslimah tu jarang kita nampak nak ke gym. Oleh itu, mereka lebih selesa bergym dirumah. Masalah utama kalau bergym dirumah adalah tiada motivasi. 
Senaman ini menguatkan otot Peha dan betis. Buat exercise kenelah dengan senyuman
Baiklah, Numi baru-baru ni, discover gym khas untuk wanita tau. Nama gym : Curves Malaysia. Numi  telah dijemput untuk sesi bertemu mesra bersama Finalis Curvette  dan merasai sendiri pengalaman bergym diCurves Malaysia. Outlet yang Numi kunjungi adalah di Sri Damansara, Plaza Atizo. Numi disambut dengan mesra oleh trainer wanita Curves Malaysia. Yang bestnya, lelaki memang dilarang sama sekali untuk masuk ke gym Curves.. hehe. Benn hantar pun sampai depan pintu jer. :p
Squat : untuk membentuk punggung
Curves Malaysia merupakan salah satu pusat gym yang dikhususkan oleh wanita, dan segala peralatan gym mereka dibuat khas untuk kekuatan wanita. Menurut CEO Curves Malaysia, Miss Alison, Curves Malaysia adalah tempat untuk wanita bergym selain itu mereka juga boleh bersocial sesama rakan gym yang ada. 

Membantu membentuk otot di leher dan lengan
Program tiga puluh minit yang dianjurkan oleh Curves Malaysia mampu membantu wanita untuk kekal aktif disamping untuk mencapai target yang diingini. Program 30 minit itu adalah program menyeluruh, dan merangkumi semua anggota badan. Selain itu, setiap ahli Curves akan mendapat satu kunci cip dimana mereka boleh track pergerakkan/stamina mereka dengan penggunaan cip didalam kunci tersebut. Suatu inovasi yang sangat bagus untuk mereka yang nak capai target dengan berjaya. Iannya bukan seperti gym biasa diluar sana yang hanya menfokuskan satu-satu bahagian badan selama satu jam setengah! 


Menjadi seorang wanita yang cergas badan dan cerdas minda memang menjadi impian setiap wanita. Tak kisahlah anda bergelar ibu atau gadis remaja, mempunyai badan dan minda cergas adalah titik permulaan untuk tahap hidup yang harmoni. Di Curves Malaysia, telah berlansungnya kempen Curvette selama setahun bagi mencari wanita Fit yang mampu memberi inspirasi kepada wanita lain. Numi sendiri dah pun berjumpa ke-empat-empat finalis Curvettes yang terdiri daripada : Tengku Faira Edna Iskandariah, Eshwari Vasuthewan, Datin Dr Hasliz Abu Hassan dan How Woan Chyi. Selepas mendengar cerita inspirasi aripada mereka berempat memang sesuatu yang menyentuh  emosi dan perasan.

Berikutan dengan kejayaan kempen itu pada tahun 2015, empat finalis Curvette telah menghadiri sesi makeover, photoshoot dan pada 6 Ogos tahun oni, pemenang Curvette telah diumumkan secara rasminya di  The Forum Desa Sri Hartamas KL. Kejap lagi Numi bagitahu pemenang nya eh.. ;)

Selain daripada itu, pada 23 Julai tahun ini, telah berlansungnya Fitness Festival di The Square,Publika. Fitness Festival ini diadakan bersama Nana Mahazan, Youtube Sensation Joanna Soh, finalis The Curvette dan 150 peserta  Fitness Festival untuk sesi senaman intensif. 

Untuk mengakhiri pencarian Curvette 2016, pihak Curves Malaysia telahpun memilih pemenang keseluruhan untuk People Choice Curvette Award. Pemenang bertuah ini dirangkul oleh Tengku Faria Edna Iskandariah. Tahniah kepada pemenang! Jom lihat gambar sebelum dan selepas Tenku Faria.
 

Banyak gila beza... haaaaaaa.. 

Dengan hanya yuran bulanan serendah RM150.00, ahli Curves boleh pergi ke gym setiap hari selama 30 minit untuk bersenam dengan bijak setiap hari. Haaa! kepada wanita muslim yang nak bergym dengan harga Murah dan Private, Inilah tempatnya!!

Untuk info lebih lanjut sila lawati : 
www.curves.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/curvesmalaysia/home
Salam Sayang
 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe