Yankee Candle reviews & Giveaway

12:25 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!
Siapa sini hantu lilin? atau peminat tegar dengan lilin, lebih-lebih lagi yang mempunyai Aroma tu.. Bila kita bakar je sumbu lilin tu,aroma keluar semerbak je.. Haa! Kalau anda dalam kategori meninat tegar lilin, anda mungkin pernah dengar tentang Yankee Candles kan? Kalau tak pernah,jom ikut Numi ke Sunway Pyramid untuk beli Lilin Yankee Candles ini. 


Terletak disebelah eskalator je, tapak jualan Yankee Candle memang senang nak spot kan tau. Kalau dulu, nak carik kedai jual lilin memang betul-betul payah. Yankee Candle menjual semua produk berkaitan dengan Lilin. Lilin yang dihasilkan memang lilin yang berkualiti tinggi dan tahan lama.


Sesampai je Numi di Yankee Candle showroom, Numi bagaikan di dunia lilin tau! Banyak giler pilihan wangian lilin yang ditawarkan. Numi rass, lebih seratus jenis lilin yang ada di Yankee Candle ni. Memang rambang mata!!!

Numi sempat berborak dengan staff di Yankee Candles ni, Menurut Branch Manager En. Naim, Yankee Candle ini berasal daripada US. Produk Amerika ini sangat terkenal disana dan kini memulakan perniagaan di Malaysia. Sedikit tentang sejarah berkenaan Yankee Candle ialah, apabila pengasas Yankee Candle mula mencairkan crayon untuk dijadikan lilin. Kreatif bukan? Maka, disitulah tercetusnya Idea Yankee Candle ini dibina. 



Bagi anda yang baru berjinak dengan Lilin Aroma, pastikan Yankee Candles menjadi pilihan ye. Korang jangan risau, staff-staff Yankee Candles semuanya ramah-ramah dan akan membantu korang untuk memilih lilin mengikut citarasa korang semua. 

Bagi Numi, Wangian yang mampu menenangkan jiwa dan boleh buat Numi tidur lena waktu malam pastilah aroma Vanilla! Di Yankee Candles, aroma yang berasaskan Vanilla terdapat lebih dua puluh jenis! 

Bagaimanalah nak pilih tu kan? Haaaa, jangan risau, Encik Naim ada untuk bantu korang nanti. heheh

Untuk aroma lelaki maskulin, korang boleh pilih  Midsummer Night. Pasti isteri tertawan tau! 


Size lilin di Yankee Candles tidak hanya terhad dengan Glass Jar besar ini aje, terdapat juga didalam medium jar dan Votive Sampler yang mampu tahan lima belas jam tau! Untuk Glass Jar tu mampu tahan berbulan.. 


Selain itu, wangian didalam kereta turut dijual di Yankee Candles tau. Terdapat tiga jenis wangian kereta dan dihadiri lebih dari sepuluh aroma yang menarik. Harga untuk satu wangian kereta adalah RM28.00. Mampu tahan selama satu bulan. 

Dah puas Numi pusing satu showroom Yankee Candles, Numi pun sempat beli beberapa Votive Sampler untuk Numi sendiri dan untuk pembaca setia Numi. Nak tahu Numi beli lilin yang mana? meh baca sikit lagi. 



Haaa! semestinya lilin yang Numi pilih berwarna-warni! heheheh. Tapikan, untuk membakar Votive Sampler ini, Numi kena beli tempat letak lilin tu tau. Barulah lilin tu tak cair ke lantai dan tahan lama. 

Aroma yang Numi ambik : 



Sage & Citrus
Strawberry Lemon Ice
Vanilla Cupcake
Lake Sunset
Bahama Breeze
Coconut & Vanilla Bean

Cara penggunaan :
  1. Buka plastik pembalut Votive Sampler
  2. Potong setengah sumbu lilin
  3. Letak sedikit air didalam bekas lilin dan masukkan lilin didalam bekas
  4. Nyalakan lilin. 
  5. Letak di tempat tinggi, jauh dari capaian kanak-kanak.

 Berita Baik!

Numi nak bagi Votive Sampler Yankee Candle kepada followers Numi di Blog. Nak tahu cara, scroll bawah....

Caranya Mudah sahaja:

  1. Follow Numi Di Google Plus
  2. Buat Satu Entri Giveaway di Blog anda dan ajak rakan-rakan untuk turut serta.
  3. Tinggalkan URL Giveaway diruangan Komen.


Selamat Mencuba!

Kepada yang hendak beli Yankee Candle, korang boleh beli di Showroom mereka, atau melalui Website : www.yankeecandle.my.
DUA PULUH pembeli terawal yang menggunakan kod : seeties_naomielicouz akan dapat Votive Sampler secara PERCUMA!!! HAAA, pergi beli sekarang dan jadi 20 orang terawal.  

Ribuan terima kasih kepada Seeties dan Tap untuk review kali ini dan management Yankee Candle yang baik hati. 
Untuk info lanjut tentang Yankee Candles, sila layari :

Facebook : Yankee Candle 

Salam sayang



 
post signature

You Might Also Like

2 Orang Positif

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Saya dah follow Numi dekat Google+, ni entri saya
    http://facilenure.blogspot.my/2016/08/yankee-candle_13.html

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe