Nasi Mandi Sedap di Kluang Station

10:56 PG

Bismillah
Assalamua'alaikum

Siapa sini yang ada memori indah dengan Kluang Station? haaa, mesti ada yang pernah jadikan tempat makan ini tempat datingkan. hehe. Tapi harini Numi bukan bercerita tentang kenangan terindah Numi disini. Tetapi, nak cerita Nasi Mandi untuk promosi bulan Ramadhan nanti. wuuuh! Siapa tak suka makan Nasi Mandi, memang rugilah. Bukan sebab nasinya yang sedap, tetapi lauk dia yang mengancam. Nak tahu ape lauk pauk Nasi Mandi dia, jom sambung baca...
.
.
.
.
.
LOKASI : Kluang Station Desa Park City
.

Mandi Promotion | A Middle Eastern Delicacy 

Promosi Mandi kali ini merupakan promosi yang ulung kali dilakukan oleh Kluang Station. Nasi kombo yang disertakan dengan lauk pilihan, minuman, buah kurma dan kuah dhal yang mampu menghilangkan dahaga dibulan puasa nanti. 

Pilihan lauk untuk Nasi Mandi : 
  • Whole Leg Chicken
  • Dendeng Daging
  • Kari Kambing
Takkan lengkap kalau tak disertakan dengan chickpeas tomato salsa dan butter yogurt . Jom kita lihat dan rasai menu nasi Mandi ini . 


Nasi Mandi disertakan dengan Deep Fried Whole Leg Chicken 


Ini merupakan favorite Numi. Antara sebab-sebab utama adalah : Ayam ini digoreng sempurna. Rasa ayam goreng biasa dan ayam goreng dari Kluang ini agak berbeza. Kenapa? Isi ayam yang lembut dan disertakan dengan kulit luarnya yang rangup. MOST RECOMENDED!! 





Nasi Mandi bersama Daging Dendeng


Pagi raya takkan lengkap kalau tak ade daging dendeng bukan. Haaaa, sekarang ni sebelum raya pun dah boleh merasai daging dendeng tau. Hanya di Kluang Station sahaja. Bagi Numi, daging dendeng ini tidaklah sepedas kalau nak bandingkan dengan daging dendeng buatan orang kampung kita, tapi Numi masih boleh rasa kepedasannya tau. 





Nasi Mandi bersama Kari Kambing


Kari kambing dengan Nasi Mandi, memang satu kombinasi yang sangat MANTAP! Kari daging yang sangat pekat dan pekat mampu membuatkan air liur Numi kecur bila tengok pada gambar je tau. hehehe. Ini memang tiptop! MOST RECOMMENDED!!





Set ini dilengkapi dengan Minuman ; Air Sirap Selasih, Buah Kurma dan Kuah Dhal tau. Tahukan anda : Air Sirap selasih mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga, dan lebih afdal jika kita berbuka puasa dahulu dengan buah kurma.
Haaa, untuk harga RM 22.65 memang mampu buat kita kenyang masa berbuka nantikan... Kuah dhal tu korang ke request tau dekat pelayan. Jangan risau, FREE JA!







--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menu BARU dan PILIHAN ORANG RAMAI di Kluang Station 


Hainanese Chicken Chop RM16.85


BAHAYA! Kalau anda seorang yang nak DIET, dinasihatkan supaya tidak melihat gambar ini okey. heheh, Ya Ampun, Numi takkan lupa rasa Hainanese Chicken Chop dari Kluang Station ni. Rasa rangup di luar, lembut isinya, dan dilengkapi dengan gravy dan kacang hijau serta kentang goreng.Kalau anda makan ini disebelah, pasti rakan anda nak jugak tau! heheh


Hainan Chicken Chop


Kluang Laksa RM11.55

Gilakan laksa? Ahh! Anda semua kena rasa Laksa daripada Kluang Station. TORBAIK!!! Pekat, Creamy dan Pedas.. Siapa yang tak tahan pedas tu, dinasihatkan untuk sedia air sejuk banyak banyak. Numi bagi warning awal-awal ni tau. Tengok cili padi pun dah tau pedas. heeee




Kluang Mee Siam RM7.40

Rasa nak makan yang Ringan ringan jer? hehehe, Roti ada, Bihun pun ada! Disertakan dengan sambal nasi lemak dan telur, Kluang Mee Siam  memang antara yang paling TOP disini tau.




Nasi Lemak with Whole Leg Fried Chicken RM14.75

Nasi lemak Special Kluang Station memang antara menu yang menjadi kegilaan para pelanggan. Semua orang tahu nasi lemak sedap pada Sambal Ikan Bilis dia kan, dan juga rasa nasi lemak tu sendiri. Bila sambal dan nasi sedap, pasti ramai yang akan teringat. Haaa, itulah rahsia Kluang Station, disamping ayam goreng yang BESAR tu kan, heheh.



.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tempat sembang yang chill di Kluang Station

Bagi Numi, Numi lebih gemarkan indoor space berbanding dengan open space. Di Kluang Station, ruang makan dibahagikan kepada dua bahagian : indoor ataupun outdoor. 
Kalau korang datang pada tengah hari, mesti indoor space dah penuh tau. haaa, yang tinggal hanyalah outer space sahaja. Tetapi, jangan risau bukannya anda terdedah dengan matahari sangat pun. Masih ada ruang teduh untuk anda tau. 


Menu Promosi Ramadhan Nasi Mandi telahpun bermula, sah sehingga selepas Raya nanti. Jadi, kepada peminat Kluang Station, pastikan korang datang ke mana-mana outlet Kluang Station terdekat tau. Tak mau nanti putih mata tak dapat makan Promosi Nasi Mandi nanti. 

Dan yang terakhir sekali adalah PELUANG UNTUK MENJADI BOSS KLUANG STATION. Wahlawey... sekarang ni, Kluang station membuka peluang kepada anda untuk menjadi Franchisee mereka. Minat nak berniaga? Tapi tak tahu nak mula? haaa, inilah masanya.. Call mereka sekarang untuk rebut peluang ini ya. 

Telefon : +603-6143 3338 / +603-6143 5332

Untuk info lebih lanjut, boleh layari : 
http://kluangstation.com.my/

Salam sayang, 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe