Hotel terbaik Johor Bahru | Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru

1:44 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!
Hah! baru ada kesempatan harini nak share dengan korang apa yang BEST di DOUBLETREE BY HILTON HOTEL di Johor Bahru. Kepada yang tak follow Numi di Instagram, mesti tak tahu. Tetapi yang dah follow tu, mesti perasankan, Numi post banyak kali hotel di DoubleTree di Jb ni. hehehe.. Baiklah, tanpa membuang masa, mari Numi kongsikan pengalaman Numi sepanjang berada di Hotel Terbaik Johor Bahru : DoubleTree by Hilton Johor Bahru.
Info menarik tentang DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Lokasi strategik di tengah-tengah bandar JB, dan  terletak tidak jauh dari Singapore Causeway.  Beberapa minit dari Pusat Perniagaan Daerah, Mini I-city Johor Bahru, Lokasi makan menarik di Stualang Laut. Mempunyai sekitar 650 buah bilik tetamu, dewan utama, kawasan yang luas dan mempunyai Restoren lima bintang : My Dapur yang menawarkan makanan yang cukup lazat. 
Untuk pengetahuan semua, walaupun Numi berkahwin dengan rakyat Johor, tapi inilah pertama kali Numi explore Johor sebetul-betulnya. Sebelum ini, Numi dan suami sekadar singgah sahaja, tak sempat pun nak explore bagai. Tetapi, bila dah diajak oleh teman sehati berdansa Numi : cik @Ayueidris ni untuk jelajah Johor selama tiga hari dua malam, tawaran yang tak mampu Numi tolak. 
Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam lima petang, dan sampai di Johor Bahru pada sebelas malam. jangan tanya kenapa boleh lama sangat perjalanan kami ni yer. Bak kata cik Ayue kita "safety first and jimat!" 
Setibanya di hotel, kami dihadiahkan welcome cookies oleh penyambut tetamu DoubleTree by Hilton. Tau je cara nak ambik hati pelanggan bukan. heheh. Kami diberi bilik Double Double Guest Room. Satu bilik yang sangat luas dan suasana bilik yang sungguh nyaman. Dekorasi kayu, menjadikan suasana bilik lagi tenang. 



 


Orang kata, lebih afdal kalau bila masuk rumah atau Bilik sewa bagi salam dan baca ayat kursi dulukan. heheh, Berbalik kepada bilik kami tadi, bilik yang dilengkapi dengan TV 40' LED dengan saluran kabel, katil King Sweet Dreams, Mini Office, Mini Bar yang dilengkapi dengan peti sejuk, serbuk nescafe, teh dan kopi. Tidak dilupakan, Sejadah, Iron, hair Dryer dan Shampoo.

 Bila masuk bab tandas pulak, Numi sangat puas hati. cuma yang tak bestnya, tidak ada bathtub je ni, Yang lain, semua tiptop! Bilik air terletak disebelah kanan dan tandas disebelah kiri. Ditengah-tengah adalah Vanti Table, untuk mereka yang nak makeup tu, pasti senyum gembila, sebabnya, cermin boleh dikatakan semua bahadian ada tau! Cermin vanti, zoom mirror, full body mirror. dan shaving /hair drying mirror.



Selain itu, Cermin didalam bilik mandi ni pun adjustable tau. Maksudnya, kita boleh je bukak atau tutup tirai tu nanti. Kalau korang nak tengok tv sambil mandi, boleh buka tirai tu. Kalau taknak, boleh tutupkan je. Dilengkapi dengan sound system dalam bilik mandi yer. Nak dengar lagu "Biarlah Rahsia" pun boleh. Volume pun boleh adjust.. Best giler Doubletree by Hilton Hotel Johor Bahru ni!

Sepanjang tiga hari dua malam di sini memang suatu kenangan terindah buat Numi dan Ayue, Kami sempat luangkan masa, girls talk dan sharing girls problem di bilik 2303 ni. harapnya lepas ni, bolehlah kami pergi ke Hotel lain pulak untuk rasai pengalaman di hotel lain.


Permandangan di luar bilik kami adalah view kearah pusat bandar dan Singapura. Kalau tunduk bawah, boleh nampak kolam renang DoubleTree by Hilton Hotel. Numi dah tak sabar ni nak terjun masuk kolam. Jom ikut Numi dan Ayue berenang okey.


 Tapi sebelum terjun ke kolam renang, Numi singgah dulu ke Fitness by DoubleTree ataupun Gym. Korang yang aktif gym tu tak perlu risau dah, sebab disini terdapat Gym yang disediakan. Terletak di level 6, berdekatan dengan kolam renang dan jacuzzi. Fitness by Doubletree boleh digunakan 24 jam  tau. Tak pernah tutup. Segala kelengkapan gym disediakan, running, bicycle, dumbell, yoga ball and mate dan banyak lagilah.




Selain dari itu, Doubletree by Hilton JB turut menyediakan Jacuzzi untuk tetamu mereka. Kalau nak masuk jacuzzi, korang kena masuk ke Women's Changing Room tau. haaa, bila dah jumpa tu, jangan terus terjun masuk jacuzzi, kena pastikan badan basah dulu, baru boleh masuk. heheheh. Dihidangkan dengan permandangan bangunan sekita Johor Bahru. Syok sangat! Lepas berendam, rasa badan segar dan nyaman. 

 Yang terakhir adalah Kolam Renang DoubleTree by Hilton JB. Seawal jam 8 pagi, dan banyak tetamu yang sudahpun terjun kedalam kolam. Amboi, bukan main lagi swimming ye. Numi dan Ayue tiba lewat, itula kolam dah penuh. heheh. Air kolam ni, bukan rasa macam air kolam yang biasa kita pergi tu tau. Air kolam biasa akan rasa chlorine kuatkan, tapi, rasa air kolam Doubletree JB lebih alkali. (Numi bukan sengaja minum air kolam ni tau, heheheh,. Tertelan) . Jadi tak perlu risau kepada yang ada alahan dengan chlorine dah, korang konfrim boleh terjun. heheheh


Sekitar jam 12 tengah hari, Numi dan Ayue dah kena checkout. Tapi sebelum tu, tak sah kalau tak selfie di dalam bilik Double Double Guest Room ni. hehe. Harap lepas ni, kami diberi peluang untuk menginap di Doubletree By Hilton Hotel Johor Bahru lagi. Suasana yang best, Makanan yang sangat sedap dan kemudahan yang lengkap.


Untuk maklumat lanjut, sila layari : 
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru 
FB : Doubletree by Hilton JB
Salam Sayang dari kami, 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe