Pesta Boboiboy Di Klang Parade Sepanjang Ramadhan ini..

1:23 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum ladies. 

Ada orang Klang dekat sini? kalau ada, mesti korang familiarkan dengan Klang Parade..Numi sendiri baru explore Klang Parade minggu lepas dan apa yang Numi boleh katakan, Klang Parade merupakn ONE STOP SHOPPING CENTRE. 

Nak tahu kenapa? Sila baca entry ini sampai habis yer...
Sebelum puasa haritu, Numi dan sebelas lagi rakan blogger telah dijemput untuk FOOD HUNT di Klang Parade. Siapa tak excited, mencuba pelbagai jenis makanan yang terdapat disanakan.. Rupa-rupanya terdapat banyak kedai makan dan restoren yang sedap-sedap belaka. Antara yang kami sempat cuba adalah Teh Tarik Place, The Chicken Rice Shop, Toko Wan dan Food Court Klang Parade.  Jom ikut Numi try satu-satu makanan di tempat ini yer..
Bermulalah Food Hunt di Klang Parade : 

1. Teh Tarik Place Klang Parade 

Ini merupakan lokasi pertama kami dan tempat berkumpulnya rakan blogger. Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba, kami dihidangkan dengan minum petang Teh Tarik Style. Hidangan yang dilengkapi dengan Teh tarik la of course, Popiah Sayur dan Goreng Pisang. 
Hidangan mudah dan ringkas ini sesuai untuk minum petangkan. 
 

2. The Chicken Rice Shop

Ini memeng tempat favorite Numi untuk makan tengahhari. Setiap kali lunch di KL Sentral, mesti akan ke The Chicken Rice Shop untuk makan Nasi ayam roasted dorang. Haaa! Disini pun kami dihidangkan dengan Nasi Ayam jugak, tetapi terdapat empat variasi ayam ; Roasted, Steamed, BBQ Sauce dan Soy Sauce. 
Yang menjadi kegemaran Numi semestinya Roasted and BBQ Sauce. Dan, bersempena denan bulan Ramadhan ini, The Chicken Rice Shop juga ada Menu Special tau untuk korang ; Nasi Ayam  Berempah Istemewa. Korang kene rasa tau menu Limited Edition ini. Terdapat disemua cawangan The Chicken Rice Shop, dan khas untuk orang Klang, sila ke Klang Parade naaa.. heheh..  


3. Tako Wan 

Peminat takoyaki disine kena cuba Takoyaki dari Tako Wan! OMG!!! Numi teringat lagi masa zaman Uni dulu, Takoyaki dekat UiTM punyalah mahai.. Makan pun bila rasa teringin sangat sangattttttt.. Tapi di Tako Wan ni, Harga pun takla mahal sangat dan bila makan tu, penuh satu mulut dengan takoyaki. heheh. Kepada yang tak biasa makan, ada teknik dia tau makan makanan jepun ni. korang kena nganga seluas-luasnya dan terus masuk tokoyaki kedalam mulut dan kunyah. heheheh.. 
Di Tako Wan, bukan tokoyaki je yang sedap, ais blended pun ada oiii! nak ape, Strawberry, Chocolate, even kelapa pun adaaaa.. Nama ais blended pun hipster gitu, Teabag. heheh. Good job Tako Wan. 
Terdapat 3 jenis Takoyaki yang dihidangkan kepada kami, Daging, Ayam dan Sotong. Satu lagi Cheesy Sosej. 


Chocolate, Coconut and Strawberry. Which one do you choose? 
4. Food Republic Klang Parade. 
Dah penat bershopping tu kan, dan nak cari tempat berbuka puasa yang mempunyai banyak variety, apa kata berbuka di Food Republic Klang Parade. Terletak di tingkat 5 dan mempunyai sebanyak lima belas kedai yang menawarkan makanan yang berlainan. Antara yang fames semestinya Mini Wok. Mereka menawarkan makanan grill yang sedap. Numi dah dengar banyak review menarik tentang Mini Wok ini dan ape kata kita cuba sendiri makanan di Mini Wok. 
Untuk makan malam, Numi order Udang Grill Bersama Nasi putih dan Pari Grill Bersama Nasi putih. Amboiiii.. sampai dua makanan Numi bawak balik tau. heheh. Balikk rumah, Numi terus ajak Benn makan Udang dan Pari Grill tu. Fuh!! Lima bintang yer.. Sedap sehingga menjilat pinggan dibuatnya. Numi bukanlah penggemar makanan pedas-pedas tau, tetapi Udang Grill Mini Wok ini hanya pedas di hujung lidah jer. Tambahan, mereka turut menyediakan limau nipis untuk memadam rasa pedas tu. Jadi tak perlu risau makan makanan pedas lagi.. 

 Okey guys, dah selesai food hunt di Klang Parade, kite cite pulak tempat menarik untuk dekorasi rumah anda..  Korang tahu tak SSF Home Sdn Bhd dan buka cawangan baharu di Klang Parade. Haaaa, tak perlu dah nak ke KL semata-mata ke SSF, dekat Klang Parade pun ada. Numi dan rakan-rakan  blogger terpaku melihat bahan dekorasi rumah yang ditawarkan di SSF. CANTIK, ELEGEN DAN BANYAK PILIHAN!!! Kami diberi voucher RM50 seorang untuk beli APA SAHAJA di SSF ni. Haaa, nak tahu Numi beli ape? Kejap lagi naaa..



SSF juga menawarkan barangan hantaran, bekas-bekas biskut dan kuih untuk hari raya, perabot, almari, bunga plastik dan banyak lagilah. Nak sebut sini mau panjang berjela entry Numi pulak.
meh, Numi tunjuk je eh kat korang,




gubahan hantaran custom made

Door gift esklusif

Bunga plastik 




Dekorasi Dinding Unik


Bekas biskut dan Frame Gambar Unik. Serius cantikk sangat!!

Gubahan Bunga Tangan yang cantik

Last but not least, Mesti kena bergambar di depan SSF ni kan. heheheh
Haaaa! nak tahu ape yang Numi dapat dengan RM50, meh tengok dekat bawah ni ye....
Sebelum Numi menamatkan entry Klang Parade ini, Numi nak buat shoutout sikit. 
Pengunjung Klang Parae berpeluang bertemu dengan kartun fames BoBoiBoy bermula paa 18 Jun sehingga 3 Julai nanti. Bukan itu je tau, pada 25 Jun nanti, pengunjung berpeluang untuk bergambar dengan mereka dan bertemu ramah bersama DJ Suria FM. Oh! Tak lupa, sepanjang bulan Ramadhan ini, pengunjung juga boleh bermain dengan Giant Game Board yang terletak di Main Court dan penyertaan adalah PERCUMA!!!!!!! Terakhir sekali, bagi meraikan kedatangan BoBoiBoy ke Klang Parade, anak-anak anda berpeluang memasuki pertandingan mewarna dan Cosplay Contest juga tau. Boleh menang banyakkkk hadiah.
Haaa, ape tunggu lagi, jom kunjungi Klang Parade sepanjang bulan puasa ini. Untuk info lebih lanjut, sila ikuti Facebook Page : Klang Parade. 

Salam sayang dari kami Naomie, Cik lily Putih dan Fatin Bella. 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe