Ikan Patin masak Tempoyak sedap kini Di KL dan Selangor
11:06 PTGAntara menu lauk yang TOP disini adalah, Ikan Kerai masak lemak, kerai goreng, Tapia Goreng, Ayam kampung goreng, Ikan pari masak asam pedas, Kerai masak asam pedas dan banyak lagi lah. Kalau nak sebut ni, mau 3 page tak habis ni.
Selain daripada itu, terdapat lauk rare yang Numi jarang jumpa orang buat tau, Telor masak lemak. haaaa! dekat sini je Numi first time jumpa. Tak lupa, ulam-ulam melayu, pucuk manis, daun gajus, timun dan banyak lagi. Di pekenakan dengan sambal ulam dan tempoyak yang boleh buat angau. walllah! memang balik hidu tangan je lah lepas tu. heheh
Haa! lauk sampingan pun ada tau, Ikan kembung masak cili padi, Kari Ayam kampung dan Masak kicap, daging masak opor dan bawal masak sambal. urmmm, Numi teringin nak makan daging masak opor tu, tapi tak kesampaian dek leka dengan Ikan patin tu. haha
Baiklah, ape yang membuatkan Ikan Patin ni sedap sebenarnya? Jujur, Numi sebenarnya dilarang memakan ikan patin. menurut nenek Numi, keluarga kami pantang makan ikan patin. Tapi sejak Numi dah Hybrid ni, makan terlanjur suka pulak dengan Ikan Patin masak Tempoyak ni. Haah! yang membuatkan ikan ptin tu sedap adalah lemak bawah badan dia tu. Betul tak? Lemak ikan patin bukan main banyak lagi tau dibawah badan dia tu, lagi-lagi ikan patin yang dah berusia satu tahun keatas.
Terdapat tiga jenis Ikan patin yang dihidangkan oleh pihak Temerloh Catering :
- Ikan Patin Buah : RM29 seketul
- Ikan Patin Sangkar : RM12 seketul
- Ikan Patin Mas : RM22 seketul
Yang menjadi kegilaan Patiners adalah Ikan patin Buah, dan sangat mendapat permintaan yang banyak daripada pelanggan. Selain itu, harga ikan air sungai lain adalah :
- Ikan Baung : RM18
- Ikan Kerai : RM12 / 100gm
- Ikan Jelawat : RM12 / 100gm
- Ikan Talapia : RM10 seekor
- Ikan Lampam : RM4 - RM8 seekor
Menu air special yang ditawarkan Temerloh Catering adalah ABC Special, ABC yang padat dengan Isi dan dilenkapi juga dengan ais krim dan biskut roll coklat. My kind of drink. heheh. Oh! hampir lupa dengan tapai pulut yang comel ni. Sungguh manis dan enak rasanya. Dibungkus didalam daun pokok getah, nampak comel je di tangan.
Ikan Kerang Goreng |
Ikan Lampam Goreng |
Ikan patin Masak Tempoyak |
Jom makan, Bismillah |
Bersama Isteri branch Manager. :) terima kasih sudi jemput kami |
Berikut adalah cawangan-cawangan Restoren Temerloh Catering sekitar Selangor dan Kuala Lumpur :
- Wangsa Maju. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
03-4141 5044
35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
- Bandar Baru Bangi (*Sebelah Bank Islam) :
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
010-206 9590
- Shah Alam: Dibuka setiap hari
2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5523 2972
3 Orang Positif
Wahhh sedapnya :)
BalasPadamsedapnya..terliur tengok
BalasPadamsedapnya patin masak tempoyak, my feveret..nanti boleh cari dekat b. bangi..
BalasPadam