Bloggers Baking Challenge | Twinster Raisins Cookies
12:54 PTG
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
Itu antara khasiat yang di perolehi dalam kismis. Dan menjelang hari raya ni, banyaklah mak mak buat kuih muih yang mengunakan kismis sebagai bahan utama, sebagai contoh, kek kismis, biskut kismis, roti berasaskan kismis dan nasi minyak berkismis. Wah! cukup banyak kegunaan kismis ni rupanya. Jadi, jom ikut Numi dan Ayue masuk bertanding masak dengan California Raisins:
- Pukul butter dan gula kastard, sehingga rata dan halus.
- masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Masukkan kacang dan kismis.
- Adun adunan sehingga rata dan pastikan boleh dibentuk. Pilih corak yang anda suka dan petakkan.
- Sudah selesai memetak, masukkan dalam oven : 150 darjah selama 15 minit.
- Dalam pada itu, cairkan white chocolate dan dark chocolate dengan teknik double boiling
- masukkan dalam plastik bag untuk layering.
- sesudah biskut masak, layerkan dengan white chocolate antara dua biskut.
- susun diatas pinggan yang sudahpun berdekorasi dengan dark chocolate.
- Siap!!
Masa yang diberi untuk menyiapkan satu jam. haa! memang cukup-cukup je tau nak buat adunan dan bakar dan dekorasi lagi. heheh, kalau nak tengok kiteorang di dapur, jom tengok v-log ini :
Seusai buat bsikut di dapur, tibalah masa untuk para juri memberi markah. masa ni, memang paling manakutkan tau! Yelah, juri yang dihadapan kami bukan calang-calang orang. semuanya FOOD TESTER dan CHEFS terhebat di KL. mahu tak cuak. Okey, kalau korang pernah tengok Master Chefs tu kan, masa juri makan hidangan dan bagi komen, macam tu lah kami di soal dan diberi markah. heheh.
Tapiiiiii, masa prize giving ceremony, kiteroang macam tak sangka boleh menang. haahahaha. Syukur Alhamdulillah. Lepas ni, boleh sangatlah join pertandingan memasak lagi dan semestinya bersama my Babe Ayue Idris yang POWER memasak. heheh. Kami menang Lima Ratus Cash dan goodie bag California Raisins.
Thank you California Raisins, dan kepada korang, INGAT KISMIS INGAT CALIFORNIA RAISINS.
Salam sayang,
0 Orang Positif