Baju Kurung Moden cantik dan Murah di Pinkz Label

3:16 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum ladies,
Ini masuk minggu ke dua kita berpuasa, dan tinggal lagi dua minggu untuk rayaaa...! Yeayyyy.. haaa, nak yeay-yeay sangat, baju raya dah ade ke belum? Kalau belum, jom ikut Numi shopping baju raya. 
Sekarang ni, senang dah tau kita nak shopping baju raya, semuanya berada di hujung jari. Tak payah dah nak basah-basah ketiak semata-mata nak keluar ke Pasar untuk beli baju raya. heheh, Online kan senang... Numi nak memperkenalkan satu butik online ini : Pinkz Label. 
Untuk pengetahuan semua, Pinkz Label menawarkan baju kurung moden dari size XS- XXXXL tau. Haaaa! bukan itu jer, kain yang digunakan sangat berkualiti dan terkini. Semua orang sedia maklum dengan size baju Numi kan.. hehehe, dan ramai je akak-akak dekat luar sana yang ada masalah macam Numi jugak. Susah sangat pilih baju yang berfesyen mengikut size badan kita. huhu. Tapi jangan risau, di Pinkz Label, size badan kita ada untuk semua jenis baju kurung moden. Seronok sangat tau...!
Koleksi Menarik di Instagram Pinkz Label.
Kepada yang ada akaun Instagram tu, korang boleh search PinkzFashion. Disini terdapat semua koleksi-koleksi menarik yang ditawarkan oleh Pinkz Label kepada korang. Haaa, bukak-bukak je dah nampak baju mana yang dikenankan.. hehehe. Mata Numi dah meliar ni nak carik baju raya di Pinkz Label.. Jom kita explore lagi. 


Tema baju raya Numi dan suami adalah biru, jadiiii Numi decide nak pilih baju Kurung Madeena untuk baju raya tahun ni.. haaa, amaaacam? cantik tak?? 
Terdapat dalam dua warna sahaja, Royale Blue dan Shocking Pink. 
Kain : Polyester
Harga : RM199
Size : XS-XXL

Ape yang Numi suka dengan Kurung Madeena?

Numi suka cutting dia, sebab, bagi Numi badan chubby macam Numi ni kena ada cutting di bawah dada tu, jadi takde lah nampak plain sangat kan.. Bukan itu jer, potongan baju ini menampakkan Numi kurus tau. hehehe.. Selain style dibahagian tangan yang terbuka tu.. 



Seterusnya, Numi nak pilih baju Kurung Pahang untuk hari raya ke dua. Numi sangatlah berkenan dengan Baju Kurung Pahang Adilahi ni.. Ya Ampun, tengok je model ni pakai, terus macam terpukau tau. Nampak sangat suci je si Pemakai tu. hehehe.. 
Terdapat dalam tiga warna : Blue, Lavender, Mauve.
Jahitan manik di serata baju dan lengan. Tampak elegen dan classy. 
Size - XS-XXXXL
Harga : RM219.00

Ape yang Numi suka dengan Baju Kurung Pahang Adilahi ni?

Potongan lurus baju kurung pahang, menampakkan ilusi tinggi , al-maklumlah Numi kena nampak tinggi untuk elak nampak gemuk. Warna yang ditawarkan, Numi tak pernah ada warna baju Lavender, jadi bila nampak je warna soft Lavender tu terus hati tertawan. Dan terakhir sekali, jahitan manik di serata baju tampak mewah dan elegen. 

Ukuran baju di Pinks Label

Bagi korang yang tak tahu ukuran baju, boleh rujuk di sini yer. Numi size 44/ XXL, haaa, korang pulak? 
Bagi korang yang nak cuba sendiri baju di Pinkz Label, korang boleh lawati Butik Pinkz Label di Semua House Jalan Tungku Abdul Rahman (TAR). Sebelum balik ke Kuching haritu, Numi sempat singgah ke Butik mereka untuk mencuba sendiri baju-baju yang Numi nak pakai untuk hari raya nanti. Jom kita lihat antara baju kurung moden yang Numi sempat cube...
Baju Kurung Madeena

Baju Kurung Zieta

Baju Kurung Moden Kareena

Baju Kurung Eina

Baju Kurung Adilahi
Dalam banyak-banyak baju yang Numi cube tu, Numi berkenan dengan baju kurung moden Madeena dan Adilahi. Korang pulak? dah ade yang berkenan? Kalau ada, cepat pergi beli baju kurung moden pilihan korang di Pinkz Label yah. Size yang ditawarkan tu limited tau. Jadi yang berbadan chubby macam Numi ni kena cepat-cepat pilih. 
Lawati Butik mereka di :
Semua House Kuala Lumpur Level G, sebelah Emas Sri Pinang
Atau Ikuti mereka di Facebook page : PinkzLabel
Instagram page : PinkzFashion.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 016 3266 406
Salam sayang
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe