Pretty Blogger Spa Day Di Raisya Tradi Spa

11:22 PG

Bismillah
Assalamualaikum semua!


Minggu lepas, Numi dan Raisya Tradi Spa berkolaborasi untuk mengadakan SPA Day di Raisya Tradi Spa. Ini bersempena dengan pembukaan spa tersebut dan sebagai langkah promosi pertama, Raisya ATradi Spa mengambil initiative untuk mengadakan spa day bersama blogger-blogger wanita bagi merasai perkhidmatan yang di sediakan. Numi sebagai PR untuk spa day tersebut tidak melepaskan peluang untuk merasai urutan magis dari team urut Raisya tau. Nak tahu lebih lanjut, jom baca lagi…



Seawal jam 11 pagi Numi dah sampai di Alam Avenue 1 Seksyen 16 Shah Alam. Raisya Tradi Spa yang dulu di kenali oleh Khaty Fitness dan Spa berada betul-betul bertentangan dengan Restoren Kak Pah. Kalau susah sangat nak cari, korang boleh Waze yer Avenue Hotel Shah Alam, confirm akan jumpa tau.



Pemilik Raisya Tradi Spa ini Puan Noor merupakan pemilik Malika confinement care secara mobile yang sangat aktif di Malaysia. Ramai dah wanita Malaysia yang menggunakan Khdimat penjagaan lepas pantang daripada beliau. Oleh itu, pembukaan spa kali ini adalah langkah terbaik bagi mengembangkan business dalam bidang spa dan kecantikkan wanita.






Jam 12 tengah hari, kami membuat finishing touch di spa bagi meraikan kedatangan bloggers di spa pada jam 1 petang. Ape yang penting dalam sesebuah spa,pastinya aroma yang menenangkan dan music yang mendamaikan. J


Kak Ayu Rafikah , Wendy Pua dan Ayue Idris sampai tepat pada jam 1 , tapi sebelum memulakan treatment, mestilah kata-kata aluan daripada Puan Noor sendiri. Ucapan Puan Noor amat ringkas dan padat,dan Numi tahu sebenarnya para bloggers tak sabar untuk memulakan treatmentkan..


Konsep Spa Day ini sebenarnya semakin menjadi trend orang Malaysia, kerana inilah masa yang sesuai untuk para wanita berkumpul dan rilex sambil merasai badan di belai-belai atau urutan kaki yang sangat menenangkan. Oleh itu, bloggers yang datang pada kali ini akan merasai spa day di Raisya Tradi Spa untuk pertama kalinya.

Perkhidmatan di  Raisya Tradi Spa :



Raisya tradi spa menyediakan perkhidmatan urutan badan traditional, lulur badan, mandi bunga, Mandi Bunga untuk bakal pengantin, facial muka, manicure dan pedicure. Senang cerita semua perkhidmatan spa ada terdapat di sini. Korang dah tak perlu nak ke tempat lain untuk merasai facial dan urutan badan tau. Di Raisya tradi Spa, harga yang ditawarkan untuk servis ini sangat lah berpatutan danm murah. Jadi jangan lepaskan peluang ni tau. Opening promotion sudahpun bermula.


Opening ceremony Promo :

Bersempena dengan pembukaan Raisya Tradi Spa, mereka menawarkan harga yang sangat-sangat murah untuk pakej Foot Spa, Facial + mani/pedi dan Body Treatment yang merangkumi Full Body massage, lulur badan dan mandi bunga.

Pakej 1 : Foot Spa RM28
Pakej 2 : Facial + Manicure/Pedicure + Back Massage RM60
Pakej 3 : Body Massage + Lulur Badan + Mandi Susu Bunga RM90
Setiap pakej ini akan di rasai oleh bloggers yang datang pada Spa day haritu tau. Nak tahu lebih lanjut, 


Jom terjah blog mereka :


Orang kata, wanita dan kecantikan ni memang tak dapat di pisahkan. Salah seroang daripada therapist professional mereka Kak Ayu pun kata perkara yang sama. Numi ambik quote daripada kak Ayu

“Perempuan ni banyak benda nak dijaga, bukan hanya luaran sahaja, tapi dalam pun nak jaga. Sebab tulah kena rajin datang spa untuk berurut. Boleh lancarkan perjalanan darah. Bila darah lah lancer barulah wajah berseri dan tubuh pun sihat “

Betul kan semua, Numi memang jarang berurut traditional sebenarnya, sebab Numi ni penggeli orang nya. Tapi untuk tidak menghampakan Kak Ayu, Numi tadahkan jugak badan ni tau. Haaa, sekali banyak betul ‘angin’ keluar. Hehehheee

Sepanjang Spa Day bersama Bloggers di Raisya tradi Spa, memang sangat menyeronokkan.  Therapist yang mesra, Puan Noor pun turut serta membuat treatment dan ramai yang setuju Puan Noor mempunyai tangan yang magis dalam urutan.



Bagi pembaca yang nak organize Spa Day bersama Raisya Tradi Spa, boleh sahaja hubungi Puan Noor di talian 016 207 8091. Selalunya mereka yang suka buat Spa Day ni dalam kalangan remaja yang nak buat Bachelor Party (Bridal & Bridesmaids ) kan. Jadi ini lah masanya. Sementara promosi pembukaan. J

Untuk infomasi lebih lanjut, sila layari : www.raisyatradispa.com
Atau lawati facebook Page : www.facebook.com/Raisyatradispa1
Lokasi : D-9-1, Alam Avenue 1, Seksyen 16, Padang Jawa, Shah Alam

Sebelum Numi mengakhiri blogpost kali ini, apa kata sertai Giveaway Raisya Tradi Spa X Naomie. Mudah sahaja caranya, Cuma repost gambar ini di social media korang (FB/Instgram) Like Fan Page Raisya Tradi Spa dan Sertakan slogan 


"“Jom sertai Giveaway Raisya Tradi Spa, boleh menang urutan badan secara percuma! Rugi kalau tak join tau!” #GAByRaisyaTradiSpa1 #NaomieXRaisya"

Mana tahu, kot2 boleh menang pakej Urutan Badan + Lulur Badan + Mandi Susu bernilai RM99.00. Siapa tak nak bukan? heheh

Selamat mencuba,
 

Salam Sayang
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe