[EVENT] : Outlet ke-100 Sushi King Di Aeon Mall Shah Alam

10:43 PG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua! 
Baru-baru ini, Numi dan beberapa rakan blogger yang lain  telah menghadiri majlis perasmian Outlet Sushi King yang Ke-100 di Aeon Mall Shah Alam. Majlis yang bertemakan budaya Jepun dan meraikan outlet Sushi King yang seratus dalam masa 21 tahun! 
Wah! Tahniah Sushi King..!!! 

Majlis di mulakan dengan ucapan daripada MC dan seterusnya ucapan daripada Texchem Resources Sdn Bhd Tan Sri Dato' Seri (Dr) Fumihiko Konishi, seroang business man yang berjaya dan ketua yang bijak dalam menguruskan strategi business beliau. 
 Numi sangat mengangumi semangat dan cara beliau mengembangkan business daripada bidang chemical and manufacturing kepada bidang makanan. Siapa tak kenal dan tak pernah makan di Sushi King sebelum ini. :) Dan mendapat pengiktirafan banyak pihak dan jugak merupakan franchaise sushi yang pertama mendapat sijil HALAL. 

Seusai ucapan daripada CEO Sushi King, kami di sajikan dengan persembahan-persembahan menarik daripada Jepun, iaitu Taiko Drum Performance. Ini merupakan salah satu peralatan music tradisional orang Jepun. Memang rasa bersemangat tau selepas mendengar music tersebut. 

tak lupa, satu lagi persembahan tarian "Soran Bushi". Kalau korang familiar dengan lagi.. 'soran-soran' ni, sebab Numi pernah dengar lagu ni dulu.hehehe dan automatikly bahu pun bergerak tau masa dorang membuat persembahan ni. 


upacara kemuncak pada majlis tersebut adalah Mochitsuki Ceromony  iaitu upacara gimik bagi perasmian outlet ke 100 di Aeon Mall Shah Alam. Numi baru tahu rupanya nak buat mochi ni pada zaman dulu-dulu macam kita tuai padi tau. heheh.

Last but not least, makan time! Semua guest di jemput untuk menikmati hidangan sushi di restoren Sushi King. Yang menariknya, terdapat menu tambahan baru yang hanya terdapat di outlet ini tau. jadi korang kene try! Sebab yang baru tu semuanya sedap2 belaka.

 Yang paling score masa makan ssushi in mestilah nak grab plate di atas beam bergerak tu kan. Jadi ini merupakan sedikit daripada hasil tangkapan sushi kami. Sebenarnya dekat nak 30 plate jugak kami ambik pada hari tu. Sebab, ingatkan tiada hidangan ala-carte yang di sediakan. Tapi,, lepastu satu demi satu pinggan besar memenuhi meja. haaaaaaa, meh2 jemput tengok ye korang. 
ini adalah Fresh Salmon. Kena makan dengan lemon and sedikit wasabi untuk tambah kepedasan nya tau. 
ini adalah sayur yang di jeruk tau. Rasa dia a bit masam (tak ingat nama menu ini sebenarnya) terdapat hirisan sotong dan telur ikan. Blogger Wendy suka sangat dengan menu ini. :) 
Ini adalah Soft Shell Crab yang di goreng. cara makan: taburkan sedikit serbuk oren tu sebelum ngap dalam mulut tau. hehe
ini, scallop. Rasa ini, boleh kata sedikit pedas. Tapi Sedap! 
 Mr Scallop and Salmon Age Sushi. Menu yang hanya terdapat di sini tau!
Fried Chicken
Penutup yang indah untuk hari tu adalah pencuci mulut Mochi. Yang kuning tu Mochi Durian dan yang hijau pulak, Mochi Pandan. Nak yang sedap? Mochi Durian la of coz! heheh

Ok guys, rasanya itu sahaja untuk cerita Numi kali ini. Tahniah lagi sekali kepada Sushi King dan Numi harap mereka akak terus berkembang maju. Dengar-dengar cerita dari CEO dia nak bukak kedai kopi pulak. heheh. 

salam sayang
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe